Berbaik sangkalah dengan Allah!!
Firman Allah, (Surah al-Hajj : 11)
"Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa Allah Ta’ala itu mencurahkan kasih sayang-Nya dengan mendatangkan berbagai cubaan kepada hamba-Nya. Oleh yang demikian, jika ada orang yang merasakan dirinya tidak memperoleh rahmat atau kasih sayang daripada Allah ketika dia menerima cubaan, bererti iman dan keyakinannya amat lemah sekali. Menurut al-Nadawi, kebanyakan manusia itu menganggap bahawa cubaan atau ujian hidup itu boleh melemahkan cita-cita dan melumpuhkan keyakinannya. Kerana pada dasarnya manusia itu hanya mengingini yang mudah-mudah dan tidak mahu menghadapi kesusahan apalagi cubaan hidup. Bagaimanapun, bagi orang-orang yang beriman dan yang mahu memperkukuh serta menyempurnakan akidahnya, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangatnya untuk mengabdi kepada Ilahi serta meningkatkan ketakwaannya kepada-Nya."“Ada antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap.Maka jika dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan jika dia ditimpafitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia di dunia dan akhirat, itulah kerugian yang nyata.”
"Every exit is an entry somewhere". Mutiara kata daripada Tom Stoppard.
Means "tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan".
Mengenangkan itu, lega rasanya hati buat seketika. Maklumlah setiap insan di muka bumi ini tidak dapat lari dari ditimpa masalah. Jika direnung kembali sepanjang menjalani hidup ini, pelbagai masalah kecil dan besar timbul. Masalah peribadi, hal keluarga, pembelajaran, persahabatan dan sebagainya. Pelbagai langkah pula diambil oleh saya dalam menangani segala masalah tersebut.
Apa yang saya pelajari dari pengalaman lepas ialah kunci segala permasalahan adalah sabar. Jika saya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi tentunya sesetengah masalah yang saya hadapi dapat ditempuhi malah mungkin selesai dengan sendirinya.
Kenapa sabar? Kerana bagi saya sabar mempengaruhi emosi kita. Kebanyakan masalah-masalah yang timbul disekeliling kita banyak dipengaruhi oleh emosi kita. Kebanyakan keputusan-keputusan besar dalam kehidupan kita ternyata dipengaruhi oleh emosi. Pernah dengar Mutiara Kata:
"Jangan biarkan emosi sesaat menghancurkan impian menggunung"
Jelas emosi sangat mempengaruhi kehidupan kita. Dalam Islam, kemampuan kita mengendalikan emosi dan menahan diri disebut sabar. Malah sabarlah menjadi penentu kepada kejayaan.
"Orang yang paling sabar adalah orang yang paling tinggi tahap kecerdasan emosinya dan bukanlah orang yang paling tinggi tahap kecerdasan intelektualnya. Maka tidak hairanlah orang yang cerdik bertindak bodoh lantaran terlalu mengikut emosi"
Saya sering merasakan diri seringkali dikuasai emosi dalam kehidupan seharian saya. Logik akal masih belum mampu mengawal emosi. Insyaallah, perlahan-lahan saya ingin berusaha membentuk kecerdasan emosi supaya kesabaran ini menuju kejayaan. Insyaallah. Sabar... Saya pernah terbaca di dalam sebuah majalah ilmiah tentang 3 jenis sabar.
Katanya, sabar yang pertama ialah sabar dalam menghadapi masalah. Kedua sabar dalam melakukan ibadah, dan ketiga sabar menahan diri dari melakukan maksiat.
Sabar dalam menghadapi masalah besar pahalanya. Sabar dalam melakukan ibadah lebih besar lagi pahalanya. Namun, sabar menahan diri dari melakukan maksiat malah jauh lebih besar pahalanya dari dua jenis sabar tadi. Subhanallah, batapa besar rahmat dari-Nya kepada kita!
Sambil-sambil memujuk diri sendiri supaya lebih kuat dan tidak takut menghadapi dugaan dari-Nya. Semoga saya menjadi semakin matang dalam mengharungi hidup ini dan bukannya menjadikan saya lebih lemah dan mudah menyerah kalah! Insyaallah.... (◕‿◕✿)
0 comments:
Post a Comment