1 Keadaan ketika duduk adalah amat penting. Hendaklah duduk tegak dan jika boleh duduk serapat mungkin dengan meja makan. Ini adalah bagi memudahkan kita makan selain dari mengelakkan makanan tertumpah secara tidak sengaja.
2 Jangan meletakkan apa apa barang diatas meja makan seperti beg tangan, fail dan sebagainya.
3 Jangan sekali kali mengelap camca atau garpu menggunakan kain napkin kerana tindakan ini dianggap menghina tuan rumah, melainkan kekotoran itu jelas kelihatan.
4 Pegang peralatan makanan dengan cermat (pegang camca seperti pegang pensil dan halakan garpu ke bawah) bagi memudahkan memotong terutamanya membabitkan makanan yang agak sukar seperti keras dan bercengkerang.
5 Potong makanan yang hendak dimakan dalam potongan kecil. Jika makan daging mahupun salad, anda tentu tidak mahu makanan tersebut kelihatan seperti terkeluar dari mulut selepas anda masukkan ia. Elakkan memotong keseluruhan makanan anda menjadi potongan kecil sekali gus.
6 Jangan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan. Semenjak kecil lagi kita telah diberitahu tentang perkara ini. Tida ada sesiapa pun yang mahu melihat makanan hancur keluar dari mulut anda. Jika anda rasa perlu untuk bercakap, pastikan pada ketika itu makanan anda sudah sedikit (ataupun tolak makanan dengan lidah dan letak disebelah dalam pipi), kemudian barulah bercakap.
7 Kunyah dengan perlahan dan jangan cuba untuk hirup makanan sehingga berbunyi. Bunyi bising anda itu mungkin boleh manggangu perbualan seseorang. Ia juga mungkin boleh menyebabkan rakan semeja hilan selera makan.
8 Makan dalan kadar perlahan. Selain ia elok untuk penghadaman, ian juga dapat menunjukkan anda sedang menikmati makanan tersebut sepenuhnya. Makan terlalu cepat seperti menunjukkan rasa tidak hormat kepada orang sekekliling.
9 Jangan terlalu bising ketika menggunakan camca dan garpu. Ia boleh menggangu rakan semeja anda.
10 Jangan melambai lambai sudu dan garpu anda terutamanya jika terdapat makanan diatasnya. Selain tidak sopan, ia juga berbahaya kepada rakan semeja.


11 Jangan letak siku diatas meja karana ia boleh menyempitkan ruang pada meja makan. Selain itu ia juga boleh menyebabkan anda tersinggung gelas atau pinggan.
12 Jangan cuba mencapai makanan yang jauh dari pinggan anda. Selain tidak sopan, ia juga boleh menyebabkan anda terlanggar gelas dihadapan atau menyebabkan tangan baju anda termasuk dalam makanan rakan semeja.
13 Cedok makanan dengan berhati hati. Jangan tumpahkan makanan diatas meja.
14 Apabila rakan semeja menghulur makanan, jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih.
15 Jika makanan yang disuap terlalu panas, teguklah air sejuk dan telan, jangan sekali kali meluahkan makanan yang sudah dimasukkan ke dalam mulut. Ia boleh membuat orang lain hilang selera dan tidak selesa dengan anda.
16 Jangan lupa untuk memuji mereka yang memasak makanan. Jangan berbohong jika makanan tidak sedap, anda boleh mencari alasan positif disebalik keadaan makanan yang tidak sedap itu.
17 Sekiranya tuan rumah menghidangkan makanan yang kurang anda gemari, katakan terima kasih tanda penolakan, tanpa memberi alasan lain.
18 Kesat mulut anda sebelum minum. Ini boleh mengelakkan bibir gelas anda bersih dari kekotoran dimulut anda.
19 Elakkan sendawa dihadapan rakan semeja anda.
20 Elakkan dari menyuap atau minum menggunakkan tangan kiri bagi orang yang beragama islam walaupun tradisi barat tidak memberi oandangan yang jelek.
21 Merokok hanya dibenarkan pada akhir jamuan, itupun sekiranya kopi dihidangkan. Ingat, anda perlu meminta kebenaran daripada rakan (wanita) semeja untuk merokok. (Sesungguhnya merokok itu adalah haram bagi orang islam).

0 comments:

Post a Comment