Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Doa bagi ibu mengandung dan sesuai diamalkan setiap kali selepas solat lima waktu:


"Ya Allah, peliharalah anakku selama dalam kandunganku dan sembuhkan dia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-Mu, sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah dia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah dia sihat sempurna, cerdik, berakal, berilmu, serta beramal soleh. Ya Allah, elokkan akhlaknya (perangainya), fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Hadis dan Al-Qur'an dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w."






Mengandung adalah saat paling membahagiakan terutamanya kali pertama macam saya.. walaupun rasa loya hampir setiap saat, muntah setiap hari, pening-pening, letih, tak larat. kurang selera makan tapi semua tu akan terbayar bila tiba masa check up dan scan baby! rasa happy sangat bole tengok baby dalam perut! alhamdulillah.. tapi masa mengandung ni juga banyak benda kena fikirkan.. dari sekecil-kecik benda hingga ke sebesar-besar benda, apa nak makan, nak berjalan dan naik tangga slow-slow.. takut tergelincirlah katakan.. tak selera nak makan pun kena paksa makan juga demi baby dalam perut.. apa yang tak bole dimakan, tak bole tengok cita kartun yang bukan-bukan, bila nak beli barang keperluan baby, nak bersalin di mana, berpantang di mana, apa jantina baby, apa nama yang akan di beri. semuanya dalam kepala. haha =)

Diantara ketidakselesaan yang bakal dialami oleh bakal ibu-ibu:

Constipation and hemorrhoids: One of the reasons for constipation may be changes produced in the digestive tract due to hormones slowing down the movement of food. Added to this, during the last trimester of pregnancy there is more pressure on your rectum from your uterus. To avoid these try to drink plenty of liquids and eat fruit and vegetables with a high fiber content. Some pregnant women experience relief drinking a glass of tepid water before breakfast. 

Nausea: As well as constipation, it is due to metabolic changes. In the morning before getting up try eating crackers and stand up very slowly. Try to eat in small quantities every three hours (fractionated diet). During your pregnancy it is good to eat proteins (meat, eggs, cheese) before going to bed at night. 

Heartburn: This can occur when stomach acid from digesting food is pushed into your esophagus. As stated before, during pregnancy all digestive process is slowed down and in addition, the engrossed uterus presses up on your stomach. To avoid heartburn, eat in small quantities, several times a day. Avoid spicy and greasy foods and do not eat at least one hour before going bed. Some pregnant women experience relief resting at night by elevating their heads with two or three pillows. 

Fatigue: Your body is doing a big job while you are pregnant. Try to sleep 8 hours daily and if you can take a nap during the day. Avoid hard work and eat a balanced diet throughout your pregnancy. 

Headaches: You may have headaches during your pregnancy. Possibly because you are tense or in some cases it is cased by the higher level of blood in your body now that you are pregnant. Lay down and try to relax. Some women experience relief walking outside. Do not take medication while you are pregnant unless directed by your doctor. 

Frequent Urination: During your pregnancy, your uterus is pressing down on your bladder and even if your bladder is almost empty this pressure produces the same sensation as if it were full. Do not avoid the urge of urinate. (tapi kekerapan buanga air ni pada awal kehamilan dan akhir kehamilan je) 

Cramps: They are due to circulatory problems associated with the weight gain as you progress in your pregnancy. Ask your doctor to recommend some exercises to alleviate these discomforts ( ada cara certain cara duduk dan berjalan dan mengangkat barang yg bule elak cramps) 

Chloasma: These are obscure marks in the skin caused by the hormones secreted during pregnancy and tend to disappear after delivery. Avoiding sunlight can help prevent them. 

Stretch Marks: Skin tissue that has to support extra weight causes these marks. They appear on the abdomen and breasts and in most cases slowly disappear after delivery. (mula menampakkan dirinya pada 21 minggu kehamilan, beware hehehe) 

Varicose Veins: They are produced by the pressure of the uterus to the lower part of the abdomen that causes difficulty in circulation during the 9 months of pregnancy. They usually appear in legs especially if you must stand or sit for long periods of time. If you do need to stand or sit for long periods, move frequently to improve your circulation. Elevate your legs when possible or lie in bed with a pillow under your feet. While you are sitting try to keep your feet up. Do not wear tight clothing. Your doctor may recommends support stockings for you. 

Breathing Difficulties: This happens during the third trimester of pregnancy because the fetus is occupying more space in your abdomen. Breath deeply several times a day (you can ask your childbirth instructor to teach you the correct way) but avoid hyperventilation. Sleep propped up and avoid crowded places and smoggy environments. 


Backaches: This is a consequence of the growing of your abdomen and your weight increase. If you are suffering from backaches wear low-heeled shoes, try to keep your back straight and avoid lifting heavy weights. It is good to practice some relaxation exercises that will help to lower the tension in your muscles. Remember to stay as calm and serene as possible during your pregnancy. 


Swelling: Due to the retention of water in your tissues, swelling has a high occurrence in your feet. Try to elevate your legs whenever you can and avoid tight clothes that bind your legs. It is important to notify the doctor if you notice that swelling is taking place in uncommon areas or if you register a sudden rise of your weight.




Selain itu, saya ada terbaca antara beberapa panduan mengelak kesan sampingan kepada kehamilan dan bayi.


Panduan elak kesan sampingan

Terdapat beberapa jenis makanan, minuman dan ubat yang boleh memberi kesan buruk sama ada kepada anda mahupun kandungan. Jika mahu menjamin keselamatan kandungan, ikuti panduan yang tertera.

1.Makanan mentah.
Jika anda gemarkan makanan mentah seperti sushi, jauhi makanan ini untuk sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau separuh masak boleh menyebabkan komplikasi buruk seperti:

2. Toxoplasmosis.
Sejenis penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah. Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan intrauterine serius pada bayi. Selain daripada daging mentah, parasit ini boleh didapati di dalam sayur-sayuran yang tidak dicuci bersih.

3. Cirit-birit.
Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Jika terdedah kepada salmonella, anda boleh mengalami cirit-birit yang secara tidak langsung boleh membahayakan bayi sekiranya tidak dirawat dengan segera.

4.  Jangkitan cacing.
Pengambilan ikan mentah termasuk sushi, sashimi dan lain-lain boleh menyebabkan jangkitan cacing. Walaupun tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing berkenaan akan memakan segala zat yang diperlukan oleh bayi.

5. Keguguran 
Kelahiran pra-matang dan keracunan. Salah satu penyebab komplikasi ini berpunca daripada bakteria listeria yang terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik. Selain daripada komplikasi yang dinyatakan, kuman jenis ini turut boleh menjangkiti bayi.

6. Vitamin A Apa jua bentuk vitamin A yang diambil melebihi 5000iu sama sekali tidak boleh diambil. Vitamin A berlebihan boleh menyebabkan kecacatan muka, kepala, jantung dan saraf bayi. Penggunaan vitamin A yang tinggi dalam persediaan luaran seperti ubat jerawat juga tidak dibenarkan.
Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang terkandung dalam lobak merah. Beta karotena ini akan ditukar kepada vitamin A di dalam badan setiap kali tubuh memerlukan vitamin jenis ini.

7. Alkohol Alkohol mampu memusnahkan kandungan asid folik yang amat penting untuk pertumbuhan janin di awal perkembangannya. Ini sekali gus boleh menimbulkan masalah lain seperti kecacatan fizikal dan mental bayi.
Dalam pada itu, alkohol amat mudah diserap melalui plasenta namun proses pembuangannya mengambil masa yang lama. Hal ini boleh mengakibatkan bayi mendapat kesan khayal.

8. Pemanis tiruan
Pemanis tiruan sering digunakan oleh pesakit kencing manis dan mereka yang mengawal berat badan bagi mengurangkan kandungan kalori gula. Antara pemanis tiruan yang sering digunakan ialah aspartame. Biasanya bahan ini tidak  mendatangkan sebarang masalah namun sebagai langkah berjaga-jaga penggunaan bahan ini perlu dikurangkan.

9. Kafein
Minuman ataupun makanan yang mengandungi kafein tidak baik untuk perkembangan bayi. Kandungan kafein sering kali dikaitkan dengan masalah bayi kurang berat badan sewaktu dilahirkan. Pada masa yang sama, kafein akan menyebabkan anda mengalami kekurangan kalsium yang akhirnya menjejaskan bekalan kalsium kepada bayi.

10. Rokok
Amalan merokok sewaktu mengandung boleh menjadi punca kelahiran bayi tidak cukup bulan, terbantut dan berat badan rendah. Malah, kes kematian bayi secara mengejut turut dikaitkan dengan amalan merokok oleh anda ataupun ahli keluarga yang lain.

11. Makanan yang diproses
Terdapat banyak makanan yang telah diproses dijual di pasaran. Antaranya sosej. Makanan ini berkemungkinan mengandungi kandungan nitrate dan nitrite yang tinggi dan sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilannya.

12. Ubat
Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh memudaratkan bayi jika diambil tanpa dirujuk kepada doktor terlebih dahulu. Oleh kerana itulah, anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat terutamanya pada trimester pertama kehamilan.

13. RaksaMakanan laut seperti ikan jerung, tuna, makerel dan beberapa jenis ikan bersaiz besar yang lain mengandungi kandungan raksa yang tinggi. Jika pengambilan makanan yang mengandungi raksa adalah berlebihan, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf bayi.

14. Gula
Pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan anda menghadapi komplikasi kencing manis sewaktu mengandung. Malah, gula berlebihan boleh menyebabkan berat badan bayi bertambah dan ini akan menyukarkan proses kelahiran.

15. Makanan berempah dan berasid
Makanan sebegini boleh menimbulkan angin. Kebanyakan wanita cenderung untuk mengalami masalah angin sewaktu hamil. Jadi, elakkan makanan jenis ini kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.

16. Herba
Walaupun pengambilan herba adalah selamat, namun ada sesetengah jenis herba tidak dibenarkan. Sebagai contoh cohosh, sliperry dan elm. Bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum anda mengambil sebarang jenis herba.




Walau apapun saya berdoa agar baby yang bakal lahir nanti cukup sifatnya, sempurna dan selamat dilahirkan dan saya selamat selepas melahirkan. Insyaallah.. Amen.

Ta'rif ila ismuki/a?

 ابحثي عن اسمك و اعرفي ان كان جيد او لا

Nama adalah identiti dan nilai diri. Pengenalan awal diri seseorang bergantung kepada nama. Bahkan, harta pertama yang diberikan ayah atau ibu kepada anaknya adalah nama.

Islam menetapkan ibu bapa menamakan anak dengan nama yang bermaksud baik. Sifat manusia sukakan yang indah dan baik. Islam itu indah. Allah sukakan yang indah.

Justeru, pemilihan nama anak tidak harus dipandang ringan. Nama anak yang didaftarkan tidak boleh ditukar, melainkan atas keperluan tertentu.

Sebagai Muslim kita percaya kepada hari kebangkitan atau hari akhirat. Sesungguhnya nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Pemilihan nama anak secara tidak langsung melambangkan identiti ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak mereka dengan penuh teliti dan berhemah.

Nama yang baik adalah doa, harapan ibu bapa kepada anak mereka. Dengan memberikan nama yang baik, mencerminkan niat suci ibu bapa supaya anaknya menjadi manusia yang baik seperti tersirat di sebalik namanya.

Sebaliknya, nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi.


Setiap ibu bapa ingin melihat permata hati mereka membesar dan hidup dalam baik, berjaya dan selamat. Permulaan hasrat itu perlu dilakukan dengan memilih nama yang baik. Nama dapat memberi pengaruh terhadap orang yang diberi nama.

Memilih nama baik untuk diberikan kepada anak adalah kewajipan ibu bapa. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah.

Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud: “Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya. ” (Hadis riwayat at-Tausi).

Proses memberi nama anak perlu dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang diberikan Islam. Jangan pakai ikut suka hati tiru pengaruh Barat. Makin ramai tertarik dengan nama berbau kebaratan yang didakwa lebih moden dan sedap itu.

Pada zaman Rasulullah, ramai sahabat mempunyai nama tidak elok maknanya. Nama buruk itu dipilih ibu bapa ketika zaman jahiliah lagi yang tidak peduli soal pemilihan nama untuk anak. Justeru, Rasulullah mencadangkan nama baru untuk menggantikannya.

Diceritakan oleh Aisyah seperti diriwayatkan Tarmizi, bahawa Rasulullah biasa mengubah nama yang tidak baik kepada nama yang baik. Malah nama baik juga diberikan Rasulullah kepada nama tempat atau bandar.

Rasulullah pernah menukarkan nama anak perempuan Umar al-Khattab daripada Ashiyah yang bermaksud penderhaka kepada Jamilah bererti cantik.

Diriwayatkan juga pernah Rasulullah menukar seorang bernama Hazan (duka cita) kepada nama Sahel yang bermaksud mudah. Namun pemuda itu tidak mahu menukarkan nama diberikan bapanya itu. Akibatnya, dia sendiri mengakui perasaan duka cita tidak pernah lekang daripada dirinya.

Ketika Rasulullah tiba di Madinah, nama tempat itu ialah Yathrib yang bermakna `keburukan’. Lantas, Rasulullah menyatakan kepada penduduknya agar ditukar kepada nama baru iaitu Madinah yang membawa makna `yang indah’.

Jika nama tempat tidak boleh di nama dengan nama buruk, tentulah lebih lagi kepada manusia. Maruah manusia banyak bergantung kepada namanya. Penggunaan nama baik lambang betapa Islam amat mementingkan kepada imej baik. Nama baik diharapkan memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya.

Pendapat lain mengatakan nama bayi perlu diberikan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Hujah ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut setiap anak bergantung kepada akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh kelahirannya dan dinamakan serta dicukur kepalanya.

Pemilihan nama anak mestilah indah disebut dan membawa makna yang baik. Maksud indah ialah senang disebut, mudah diingati dan ringkas. Nama itu hendaklah melambangkan nama yang biasa digunakan orang Islam.

Nama yang biasa digunakan orang kafir sebagai melambangkan agama mereka hendaklah dielak. Sesetengah ulama mengharamkan penggunaan nama yang jelas melambangkan penganut agama lain.

Namun, nama orang Islam tidak semestinya dalam bahasa Arab seperti yang difahami sesetengah orang. Bagaimanapun, lebih elok jika nama yang dipilih untuk anak dirujuk maknanya mengikut bahasa Arab. Ia penting bagi mengelak makna buruk dalam bahasa Arab.

Didapati banyak nama Melayu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai makna buruk dan mengaibkan, biarpun amat baik bunyinya dalam sebutan Melayu. Nama binatang, perbuatan buruk, maksud buruk dan nama berhala banyak dinamakan kepada anak tanpa diketahui maksudnya oleh ibu bapa ketika menamakan anak mereka.

Nama dalam bahasa Arab hendaklah dieja dan disebut betul-betul. Tambahan atau tertinggal satu huruf membawa makna berbeza. Justeru, elok jika dirujuk dulu kepada pakar bahasa Arab bagi mendapatkan ejaan dan sebutan tepat nama untuk mengelak salah makna.

Sekarang ini ramai ibu bapa yang sengaja menambah huruf kepada ejaan nama anak supaya kelihatan agak pelik dan panjang. Penambahan huruf q, e, y, f dan z banyak dilakukan kepada nama kerana dikatakan menarik. Banyak masalah timbul akibatnya. Pemilihan nama anak juga perlu menunjukkan perbezaan jantina. Pemilihan nama anak lelaki dengan nama melambangkan anak perempuan adalah tindakan mengaibkan anak. Anak akan berdepan dengan masalah pengenalan identiti jantina.

Biarpun, dalam masyarakat Islam di Malaysia penggunaan bin dan binti untuk membezakan lelaki dan perempuan, penggunaannya hanya digunakan dalam urusan rasmi atau ketika nama ditulis. Sedangkan ketika panggilan harian tidak disebut bin atau binti.

Ibu bapa juga dinasihatkan mengelak daripada menggunakan nama panjang yang mengandungi gabungan beberapa nama. Ia biasanya berlaku apabila ibu dan bapa tidak sepakat memilih nama terbaik.

Ibu dan bapa perlu bertolak ansur untuk menentukan nama bagi anak yang baru dilahirkan. Bersabarlah, nama pilihan masing-masing boleh digunakan kepada anak seterusnya.

Islam tidak membenarkan penggunaan nama yang mendatangkan masalah untuk disebut dan diingati. Pemilihan nama panjang membuktikan kecelaruan fikiran ibu bapa dalam memilih nama anak.

Soal memilih nama anak bukan perkara mudah. Berilah nama yang terbaik dan menggembirakan anak apabila dewasa nanti. Ada anak berusaha menukar nama selepas menyedari masalah timbul akibat nama yang diberikan oleh ibu bapa.

TO REMEMBER!!

# Nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat.
# Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak dengan penuh teliti dan berhemah.
# Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak.
# Ada nama Melayu diterjemahkan ke bahasa Arab mempunyai makna buruk dan memalukan.
# Nama baik boleh memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya
Sumber: http://kelate.my/v1/



Nama-nama Islam pilihan saya (◕‿◕✿) :
 
Bagi saya pula, entah kenapa saya lebih gemarkan nama (jika mempunyai anak nanti, insyaallah) dengan nama yang bermula daripada huruf "A". Mungkin kerana saya merasakan orang yang namanya bermula dengan huruf "A" seringkali dipanggil dahulu oleh guru di sekolah (mengikut abjad nama). Tambahan pula mereka ini sentiasa berada pada kedudukan hadapan di dalam dewan (jika peperiksaan). Jika nama bermula daripada huruf "S" seperti saya ini, seringkali ditempatkan di belakang dewan. Walaupun perkara tersebut tidaklah begitu penting dalam pemberian nama anak, namun seringkali nama yang bermula dari huruf "A" menarik perhatian saya. Di bawah, saya senaraikan nama-nama yang menjadi pilihan saya. Saya memilih nama-nama tersebut berdasarkan petikan:
 
"Nama amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan, dan berwibawa. Manakala anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut, dan terpelihara serta mencantikkan maruah diri."

Nama Perempuan:

1. Alisha:  Jujur, benar, di lindungi Allah

2. Anis: Close friend

3. Alya Amani: Ketinggian & cita-citaku, ketenanganku

4. Auni: Lemah lembutku, ketenangan, ketetapanku

5. Nisa': Perempuan

Nama Lelaki:

1. Amsyar: Yang cergas

2. Arsyad: Yang sangat cerdik

3. Arif: Corporal; aquainted, knowledgable

4. Asyraaf: Yang mulia

5. Azfar: Yang berjaya, yang menang





Ketika musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan melanda diri, mungkin hati kecil kita tertanya-tanya, mengapa? Mengapa Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang itu mentakdirkan begitu? Adakah sudah sirna kasih sayang-Nya? Jangan. Jangan begitu. Dalam apa jua keadaan pun kita wajib yakin bahawa takdir Allah pasti mengandungi banyak hikmah dan kebaikan.

Sejak kebelankangan ini, apabila saya buka tv, ada berita tentang musibah. Baca majalah juga menceritakan tentang musibah. Di internet juga membicarakan tentang musibah. Merasakan diri terlalu kecil dan lemah mengenangkan musibah-musibah dari-Nya. Bagaimana jika saya terus leka dengan nikmat yang dikurniakan oleh-Nya? Hati senantiasa perlu dibaja dan dipupuk kesedarannya agar diri ini tidak alpa dan lalai atas suruhan dan tuntutan-Nya. Ya Allah, berikanlah aku hidayahmu dan kuatkanlah hatiku agar sentiasa berada di landasan yang betul. Amin.

"Apabila Allah menguji orang Islam dengan tragedi, maka mereka mesti melihat dengan mata hati. dan memikirkan dengan akal, agar tercungkil hikmahnya. Jika tidak, itu petanda penglihatan hati tidak jauh. akal yang pendek."  - Solusi





Walaupun saya masih belum mempunyai anak, tetapi saya sering tertarik dengan articles yang berkaitan dengan Parenting Skills, Bagaimana cara mendidik anak menurut Islam, Guide For Parents dan sebagainya. Minat ini bermula sewaktu saya di tahun dua di UIAM. Roomate saya Farhana memiliki kitab Tarbiatul Aulad (in Arabic) dalam dua jilid. Saya amat kagum apabila sahabat saya membeli kitab tersebut walaupun ianya bukan termasuk dalam silibus pembelajaran kami. (ada subject Parenting yang wajib kami ambil, tetapi in English).

Bermula dari situlah saya sering mengintai kitab-kitab sebegini.. Misi saya sekarang ialah mencari kitab tersebut dalam versi English. (huhu) Saya kurang mahir jika membaca dalam bahasa arab, masih bertatih walaupun kini menjadi guru bahasa arab (shame on me). Walau apapun saya ingin memiliki kedua-dua version. Insyaallah..

Bakal bapa, bakal ibu, atau yang sedang menjadi bapa dan ibu, di zaman era teknologi maklumat ini, bagi saya harus mempunyai pengetahuan yang cukup dalam mendidik anak-anak. Semua sudah sedia maklum anak kecil umpama kain putih yang suci murni dan belum dicorakkan dan diwarnakan. Kitalah yang menentukan corak pada kain tersebut.


Saya pernah terbaca kisah dari sebuah novel yang saya sudah lupa judulnya. Novel tersebut saya baca sewaktu berada di pusat matrikulasi. Ia mengisahkan sebuah cerita berkisar anak iban di Sarawak. Sepasang suami isteri yang susah hidupnya terpaksa menyerahkan anak kembar yang baru dilahirkan kepada orang lain. Kerana tidak mempunyai pilihan lain, si ibu meletakkan seorang daripada anak kembarnya itu di tangga sebuah masjid. Manakala sorang lagi si ibu meletakkannya di hadapan pintu gereja. Setiap seorang anaknya itu dibekalkan seutas rantai dan loket bulat yang sama bentuknya.

Apabila 25 tahun berlalu, seorang paderi besar ingin bersua muka dengan seorang ustaz yang terulung yang sering disebut ramai di kawasan itu. Paderi tersebut merancang pertemuaan itu untuk bersemuka dengan ustaz yang seolah-olah menghalang usaha dakwahnya. Setelah mendapat persetujuaan dan pertemuan di aturkan, maka bertemulah mereka di suatu tempat diiringi pengikut masing-masing.

Namun, alangkah terkejutnya semua yang berada di situ saat melihat muka paderi dan ustaz tersebut saling tidak tumpah! Memang mempunyai raut yang seiras! Malah melihatkan loket yang sama sahlah mereka berdua rupa-rupanya adik-beradik yang dibuang oleh ibu mereka 25 tahun dahulu. Berpelukanlah mereka kerana terharu masih mempunyai ahli keluarga di dunia ini. Namun, mengenangkan haluan hidup mereka yang berbeza, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan mereka masing-masing.

Itulah yang diibaratkan anak kecil umpama kain putih yang bersih. Di masjid, imam masjid tersebut yang menjumpai bayi tersebut dan dipelihara sebaiknya mengikut Islam. Di gereja pula bayi tersebut di jaga oleh paderi yang bertugas di situ. Jelas di sini jika kita sayangkan anak kita, berilah tunjuk ajar yang sesempurna mungkin menurut cara yang sepatutnya yang diajar oleh agama kita, Islam.


Beberapa mutiara kata dan panduan dalam koleksi yang saya simpan ingin saya kongsi agar boleh kita jadikan pedoman bersama:

Kemanjaan membodohkan anak-anak mendepani kehidupan.

-janganlah kita terlalu memanjakan anak-anak kita kelak kita secara tidak sedar merosakkannya.

Memusuhi dan membunuh lansung kesusahan daripada hidup, hanya mewariskan penyakit kepada anak-anak.

-kini kita lihat ramai ibu-bapa yang terlalu melimpahi kemewahan yang tidak terhingga kepada anak-anak tanpa kita sedar ianya membuatkan anak-anak tidak pernah merasa bersyukur atas nikmat tersebut!

Jangan berikan semua yang mereka mahu, tetapi belajarlah untuk mengutamakan apa yang mereka perlu.

Nama amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan, dan berwibawa. Manakala anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut, dan terpelihara serta mencantikkan maruah diri.

Berapa ramai ibu bapa yang hakikatnya sedang menyediakan anak-anak mereka untuk dibakar di dalam kepanasan api neraka lantaran tidak diberi didikan agama? Inilah penderaan hakiki!!

Didikan agama bukanlah sekadar menghafal doa atau suarah-surah Al-Quran semata. Apa yang lebih penting, anak-anak perlu diperkenalkan kepada Allah, seterusnya mendidik agar memahami dan menghayati tujuan hidup mereka.

Info kesihatan: Banyak kematian bayi berpunca daripada kelalaian ibu-bapa seperti tersedak susu, tercekik kacang dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua ibu-bapa, bakal ibu-bapa atau sesiapa sahaja perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sepatutnya sebagai persediaan menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak supaya bukan setakat sihat dan cantik malah menjadi insan yang berguna dan berkualiti. Insyaallah.

Diantara buku-buku atau bahan ilmiah yang boleh dijadikan rujukan kita bersama, saya senaraikan di sini:

1. Tarbiatul Aulad by Abdullah Nasih Ulwan
2. Men Are From Mars, Women Are From Venus by John Gray (agak lari tajuk sebenarnya)
3. New Baby Care Book : A Pratical Guide to the First 3 Years by Dr. Miriam Stoppard.
4. The Complete Book of Mother and Baby Care by Elizabeth Fenwick.

*Banyak lagi sebenarnya antara buku yang boleh kita baca sebagai rujukan. Antara mahu atautidak. Tepuk dada, tanya Iman! (◕‿◕✿)





Pulang dari majlis perkahwinan seorang rakan di Batu Buruk, membawa saya ke Giant di Kuala Terengganu kerana telah berjanji untuk membawa si kecil Luqmanul Hakim (adik bongsu) ke situ. Tak sangka pula saya di tingkat atas Pasaraya Giant tu dah ada Pusat Hiburan Keluarga atau lebih tepat Pusat Games! Alang-alang dah sampai, saya meninjau sekejap. Agak besar juga Pusat Games tu sehingga ada bilik-bilik untuk bermain PS2! Dan semua urus niaga di situ menggunakan sistem token seperti di pusat-pusat hiburan yang lain.

Saya bukan apa, melihat ramai budak-budak sekolah (tentulah bawah umur) berpeleseran bermain di situ, terdetik di fikiran saya alangkah ruginya mereka membuang MASA dan DUIT sebegitu. Sedangkan masih di bangku sekolah. Alangkah baiknya jika mereka memilih untuk ke perpustakaan negeri yang selang beberapa langkah sahaja dari Pasaraya Giant tersebut.

Saya bukan antikan hiburan, tetapi terdetik perasaan marah terhadap pengusaha pusat terbabit yang tentunya bukan melayu. Tetapi yang mengunjunginya hampir 100% melayu. Tiada seorang pun dari kaumnya yang berada di situ. Satu lagi cabaran yang terpaksa ibu bapa ambil tahu, cakna dan pantau. Melihatkan adik saya yang darjah dua ini pun sudah excited hendak mencuba permainan tersebut saya sudah susah hati. Kata saya, adik tak sayang ke nak derma duit kat orang tu? Sambil tunjuk ke arah tokeynya yang berbadan gempal. Saya katakan padanya, di rumah pun adikkan selalu main PS2. Apa bezanya dengan disini?

Malang kerana golongan yang menjadi mangsa pengusaha ini adalah golongan pelapis yang diharapkan pada satu hari nanti menjadi peneraju negara tercinta ini. Teringat sewaktu belajar subjek psychology di UIA, tentang psychology teenagers. Remaja dan kanak-kanak digambarkan sebagai golongan yang amat rapuh ketahanan fizikal dan mentalnya itu, tentulah begitu mudah di tarik dengan hidangan berbentuk siber ini sehinggakan wujud di dalam hati dan minda mereka bahawa kecanggihan ini adalah suatu hidangan utama yang menjadi kemestian di dalam kehidupan seharian mereka. Saya sendiri melihat wajah teruja mereka termasuklah adik saya sendiri. Aduhai...

Saya bimbang jika remaja menjadi obses terhadap permainan ini sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi temu janji di pusat hiburan tersebut!





Secara umum, kita tentu tidak menafikan bahawa untuk memastikan suatu masyarakat itu berada dalam keadaan sihat dan harmoni, setiap keluarga yang lahir daripada masyarakat itu perlu dibina dengan kukuh kerana ia sebagai asas tertubuhnya sesebuah masyarakat.

Kita akan membicarakan siapakah yang tergolong dalam keluarga atau apakah ia definisi keluarga yang wujud dalam sistem kehidupan Islam. Adakah keluarga itu terdiri daripada suami, isteri, ibu, ayah, anak atau lebih jauh daripada itu?

Definisi keluarga dalam Islam adalah berbeza daripada definasi keluarga agama-agama lain. Di dalam Islam orang-orang yang termasuk dalam takrif keluarga adalah seperti yang terdapat dalam sistem Faraid. Cuma di sana ada keluarga yang hampir dan ada keluarga yang jauh. Oleh itu orang yang termasuk dalam keluarga ialah:
- Suami isteri
- Datuk, nenek dan seterusnya
- Ayah, datuk dan seterusnya
- Anak, cucu dan seterusnya
- Adik beradik dan zuriatnya
- Ayah saudara, ibu saudara dan zuriatnya
- Lain-lain

Setiap individu dalam keluarga mempunyai hak, peranan dan tanggungjawab. Hak seorang tidak harus diketepikan dan setiap orang boleh menuntut haknya dengan sempurna. Misalnya, hak anak mendapat pusaka daripada ayah dan ibunya, hak isteri mendapat perlindungan daripada suami, hak wanita menentukan calon suami dan sebagainya.

Setiap individu dalam keluarga mempunyai hubung kait antara satu sama lain. la tidak boleh hidup bersendirian tanpa mengambil kira orang lain.

Hubungkait ini adalah termasuk dalam berbagai aspek-aspek kehidupan seperti di dalam melakukan kebaikan atau kejahatan, usaha untuk memperoleh kesenangan, menjaga nama baik keluarga dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila seseorang itu mencipta rekod cemerlang dalam hidupnya seperti menjadi seorang pemimpin yang dihormati, masyarakat akan menyebut si polan itu adalah keluarga si pulan itu. Begitu juga jika rekod yang dicipta itu tidak baik, masyarakat akan mengaitkan juga nama keluarganya. Contoh yang lain, apabila seseorang itu berjaya dalam hidupnya menjadi seorang yang kaya atau hartawan. Orang ini hendaklah membantu keluarganya yang miskin.

Bagi memastikan kehidupan keluarga berjalan dengan teratur dan harmoni, Islam menggariskan dengan terperinci peranan dan tanggungjawab seseorang sebagai ahli keluarga. Di dalam Islam, keluarga bermula dengan suami dan isteri. Dari sinilah keluarga itu mula berkembang. Selepas itu lahirlah anak. Di sana ada ibu dan ayah mertua, ipar duai, keluarga sebelah suami, sebelah isteri dan sebagainya.



PERANAN AHLI KELUARGA

Bagaimana seseorang itu berperanan dalam hidup berkeluarga. Islam telah mengaturnya dengan lengkap dan terperinci. Seseorang itu perlu memahami dan melakukannya dengan penuh rasa tanggungjawab. Suami, isteri, ibu dan ayah, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Pembahagian tanggungjawab ini diatur sedemikian rupa supaya wujud suatu disiplin hidup dalam keluarga itu. Dengan itu tidak ada perebutan tugas atau tolak menolak dalam menjalankan tugas masing-masing. Oleh hal yang itu, keluarga Muslim yang benar-benar mematuhi disiplinnya akan hidup aman, tenteram, tenang, gembira dan harmoni.

Di dalam Islam, suami atau bapa diberi peranan sebagai ketua keluarga. Dia wajib memimpin keluarganya ke jalan yang diredai Allah. Isteri dan anak-anak dikehendaki taat sepenuhnya kepada suami atau bapa. Menyediakan sara hidup juga adalah tanggungjawab ketua keluarga. Peranan yang diberikan kepada ketua keluarga ini tidak boleh disalahgunakan. Dia hendaklah bertindak sebagai penyelamat, bukan bertindak sewenang-wenangnya.

Seorang suami atau bapa hendaklah berilmu, jujur, ikhlas, berakhlak mulia, berrnoral, bijak, cekap dan tegas dengan kebenaran. Dia hendaklah berusaha menjadikan suasana damai sentiasa wujud dalam keluarganya. Peningkatan nilai murni di dalam kehidupan isteri dan anak-anak bergantung kepada kualiti suami atau bapa.

Isteri pula mempunyai peranan dan tugas yang berlainan iailu melayan dan membelai suami, mengatur rumahtangga, taat kepada suami dan mengasuh serta mendidik anak-anak menjadi insan bertaqwa. Anak wajib taat sepenuhnya kepada ibu dan ayah dalam batasan yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah, menghormati yang lebih tua, menjaga nama baik keluarga, tidak mengecilkan hati orang tua, memberi tumpuan kepada pelajaran, menjauhkan diri daripada pergaulan yang merosakkan dan seumpamanya.

Ibu mentua pula hendaklah sentiasa berusaha untuk mewujudkan suasana dan hubung baik dengan menantu dan keluarganya. Hubungan antara mentua dengan menantu biasanya sangat sensitif. la perlu kepada perhatian khusus dan sifat berhati-hati. Jika perasaan salah seorang tersinggung, boleh menyebabkan kerenggangan di dalam keluarga.

Beberapa peranan yang dihuraikan di atas sudah cukup sebagai penjelasan bahawa setiap individu dalam keluarga mempunyai peranan yang berlainan. Antara satu sama lain ada hubung kait yang rapat di mana setiap orang tidak boleh melepaskan diri daripada yang lain. Misalnya, seorang anak apabila bertindak di luar batasan, dia akan menyusahkan dan merisaukan orang tua. Bahkan lebih jauh dari itu dia akan menjejaskan nama baik keluarga. Demikian juga perlakuan di luar batasan ini, walaupun ia dilakukan oteh keluarga yang jauh, tetap mernberi kesan kepada nama baik keluarga tersebut kerana definisi keluarga bagi orang Islam amat luas.


KENAL PASTI DIRI DAN TINGKATKAN USAHA
Seseorang itu perlu mengenali dirinya,siapakah dia dalam keluarga, sebageti bapa? Isteri? Ibu? Anak? Sepupu? Datuk? Mentua dan sebagainya. Dari semasa ke semasa perlu menyoal diri, sudahkah berfungsi sewajarnya? Sudahkah menjalankan tanggungjawab? Adakah beraksi sebagai penyumbang atau beban kepada keluarga? Sebanyak mana sumbangan dan pengorbanan telah dilakukan demi kepentingan keluarga. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu dipersoalkan.

Kunci penting, bagi hubungan yang kukuh sentiasa wujud di kalangan anggota keluarga, ialah rasa tangguizgjawab dan kasih sayang. Kalau tanggungjawab semata-mata ia akan menjadi kering dan tandus. Kalau semata-mata kasih sayang, ia boleh berubah. Maka dari itu perlu hubungan itu diwujudkan dengan rasa tanggungjawab dan penuh rasa kasih sayang. Dengan campuran ini semoga kehidupan keluarga menjadi taman indah yang didiami oleh insan-insan yang berupaya menilai dan menjaga keindahan dan keharmonian taman.

Hubungan yang baik hanya akan wujud jika sekiranya satu konsep pegangan atau aqidah yang kuat terhadap Allah terbukti dengan mengambil berat segala perintah-Nya. Dalam rumahtangga tidak ada pengawal peribadi yang mengawal seseorang sebagaimana kawalan di jalan raya.

Kepatuhan kepada Allah sahaja yang dapat mengawal tindak tanduk manusia. Di sini jelas kepada kita agama memainkan peranan penting dalam kehidupan insan. Tanpa agama manusia akan sengsara walaupun mereka hidup dalam mahligai emas dan perak. Ia adalah perkara utama yang mesti diberi perhatian dalam membangun kehidupan sesebuah keluarga.

CIRI-CIRI PENTING

Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:

1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.
2. Sentiasa perbaharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, sahsiah, ilmu pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.
3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari.
4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam di kalangan keluarga.

PENUTUP

Peranan anda atau setiap individu dalam keluarga adalah sangat penting. Anda dan keluarga tentunya ingin bahagia dunia dan akhirat. Mereka yang berbahagia ialah mereka yang beriman, sentiasa beramal salih dan sentiasa menjadi manusia penyumbang. Bahagia sebenarnya ada dalam hati dan perasaan manusia. Oleh itu sucikanlah hati, tingkatkan iman dan jadilah insan yang bertakwa




Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat ummah dapat diteruskan dan diperkembangkan. Setiap kelamin yang ingin membangunkan keluarg aperlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir.

Kehamilan dan kelahiran biasanya tidak menimbulkan sebarang kesulitan atau kerumitan tetapi jika tidak dijaga dengan rapi, ia boleh juga mengganggu kesihatan dan mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandung.

Kehamilan tidak boleh dibiarkan berlaku mengikut tabii manusia. Ia mestilah disusun dan dirancang supaya lahir zuriat yang sihat dan sejahtera di segi jasmani, rohani dan mental. Dengan itu anak-anak yang dilahirkan dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Untuk memenuhi hasrat itu, pasangan suami isteri perlulah membuat beberapa persiapan sebelum bercadang mempunyai cahaya mata.

Umur Yang Sesuai

Umur yang paling wajar untuk kehamilan dan kelahiran ialah antara 20 hingga 35 tahun. Risiko terhadap ibu dan bayi dalam kandungan meningkat sedikit di luar lingkungan umur itu, tetapi ini bukan bermakna wanita tersebut tidak boleh hamil langsung; hanya mereka memerlukan jagaan doktor yang lebih.

Kesihatan Yang Baik

Sebaiknya, setiap ibu yang ingin hamil patut mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Tentukan dia tidak menghidap penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung atau buah pinggang.

Pemeriksaan Darah

Pemeriksaan darah juga penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana ia juga boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah ini juga dilakukan untuk mengesan pelalian demam rubella atau german measles. Jika sudah mendapat pelalian, wanita itu terselamat dari gejala kecacatan bayi jika dia mengalami demam rubella. Jiak belum., adalah lebih baik wanita berkenaan mendapatkan suntikan pelalian dengan segera. Penaykit ini jika berlaku di peringkat awal kandungan boleh menyebabkan beberapa jenis kecacatan bayi termasuk jantung berlubang, pekak dan bisu.

Taraf Pemakanan Yang Baik

Sebelum kehamilan dimulakan, tentukan taraf pemakanan ibu memuaskan. Ini boleh diukur di segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah. Kekurangan darah atu anemia ketika hamil adalah membahayakan nyawa ibu. Paras hemoglobin yang wajar ialah antara 10 hingga 14 gm peratus. Ujia darah boleh dilakukan oleh klinik ibu dan anak.

Jika berlaku masalah kurang darah, rawatan sewajarnya perlu dilakukan. Sebelum ini eloklah dibuat siasatan mengapa wanita itu mengalami masalah kurang darah. Biasanya saya dapati punca utama ialah makanan tidak seimbang, zat logam besi dan juga zat protein yang tidak mencukupi. Ini kerap berlaku di kalangan wanita luar bandar yang kerap juga menghidap penyakit cacing dan demam malaria. Kedua-dua jenis penyakit ini akan mengurangkan lagi paras darah.

Keadaan kurang darah boleh mengancam nyawa ibu ketika bersalin kerana tumpah darah kerap berlaku. Kekurangan darah juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam rahim.

Ujian Darah Untuk Mengesan Penyakit Berjangkit

Beberapa jenis penyakit berjangkit seperti sifilis, demam ruam yang disebabkan oleh kuman rubella, atau toxoplasmosis boleh mengganggu dan menyebabkan beberapa masalah seperti kecacatan bayi. Misalnya seorang wanita yang didapati menghidap penyakit sifilis dan jika tidak dirawat, maka besar kemungkinan penyakit sifilis akan mengganggu janin dan boleh menimbulkan beberapa masalah seperti keguguran, kematian bayi dalam rahim atau kelahiran bayi cacat.

Ujian yang dilakukan untuk mengesan penyakit sifilis ialah ujian VDRL dan beberapa ujian lain yang lebih khusus. Ini juga boleh dilakukan di kebanyakan klinik kerajaan ibu mengandung ataupun klinik swasta.

Wanita yang ingin mengandung khususnya kandungan sulung elok juga menjalani ujian menentukan sama ada dia telah menjalani pelalian terhadap penyakit demam ruam itu. Jika belum, sebaiknya dapatkan segera suntikan itu supaya ia dapat melindungi kandungan daripada menjadi cacat. Wanita yang belum menerima pelalian rubella, sekiranya diserang penyakit tersebut khususnya di peringkat awal kandungan, berkemungkinan besar janin akan cacat.

Antara kecacatan yang akan dialami oleh janin ialah kecacatan anggota seperti jantung berlubang serta pekak atau bisu. Suntikan untuk melalikan kuman rubella boleh didapati di klinik swasta. Kementerian Kesihatan telah mula memberi pelalian ini kepada anak perempuan di peringkat persekolahan iaitu Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima pada tahun 1988.

Kumpulan Darah

Penting juga bagi wanita yang akan mengandung mengetahui apakah jenis atau kumpulan darah mereka di segi kumpulan ABO dan rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan, tetapi bagi wanita yang mendapati mereka dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika dia mengandung.

Kadar kejadian rhesus negatif di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. Antara kaum pula, didapati kadar yang tertinggi sekali ialah di kalangan wanita India diikuti oleh wanita Melayu dan Cina.

Kebanyakan penduduk Malaysia adalah rhesus positif dan jika seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran, bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.

Persediaan Mental Dan Rohaniah

Selain daripada persediaan jasmaniah yang saya nyatakan di atas, persediaan mental juga penting. Tentukan setiap kehamilan itu benar-benar dikehendaki, bukan berlaku secara kebetulan. Tentukan kehamilan dirancang dan kedatangan bayi dinantikan. Kehamilan yang tidak disengajakan boleh menimbulkan masalah hubungan dan kasih saying antara ibu dan bayi. Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan perkembangan mental dan akhlak bayi itu dalam jangka panjang.

Seseorang ibu yang menempuhi kehamilan dan kelahiran patut mendapat sedikit pengetahuan mengenai proses tersebut. Tanpa pengetahuan, ia boleh menyebabkan tekanan bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi juga mentalnya. Tekanan ini pula menyebabkan beberapa masalah emosi dan psikologi.

Ada wanita mengalami masalah kemurungan yang teruk sekali selepas melahirkan anak. Wanita ini akan mengalami tekanan jiwa menyebabkan dia dalam keadaan yang digelar pueperal psychosis. Jika keadaan ini sangat terus ada wanita yang sampai ke tahap henak membunuh diri.

Oleh itu, persediaan mental dan emosi juga perlu disiapkan. Dalam hal ini suami memainkan peranan yang amat penting. Ibu bapa dari pihak isteri dan suami serta saudara-mara perlulah memberi sokongan moral kepadanya.

Antara punca tekanan jiwa dan emosi ialah akibat beban mengandung dan menaungi anak selama sembilan bulan sepuluh hari dalam kandungannya itu. Di peringkat awal wanita tersebut mengalami masalah seperti loya dan muntah, kadang-kadang sukar hendak tidur malam. Ada antara mereka yang perlu bekerja di pejabat dan masih juga membuat kerja rumah.

Ini boleh membebankan fizikal dan juga mentalnya. Ada juga suami yang tidak memberi sokongan dan pertolongan yang sewajarnya ketika isteri dalam keadaan sarat. Wanita juga perlu diberitahu mengenai kesakitan waktu kelahiran anak dan diajar cara mengatasi atau mengurangkan kesakitan. Ada sesetengah wanita mengalami kesakitan yang amat terus dan berpanjangan pula dan ini mempunyai kesan psikolgi yang agak berat.

Selepas melahirkan anak beban emosi timbul apabila dia perlu menjaga anak dan bangun malam menukar lampin dan menyusukan bayi. Ini juga akan menekan jiwa seseorang wanita. Dalam hal ini ada baiknya suami turut membantu isteri dengan bergilir-gilir menjaga anak.

Untuk menstabilkan jiwa dan emosi, penting bagi ibu tersebut menguatkan iman dan pegangannya kepada Allah dengan banyak menunaikan sembahyang, berzikir khususnya di waktu-waktu genting seperti ketika sakit bersalin. Keimanan, berzikir dan bertasbih, insya-Allah akan dapat mengurangkan tekanan dan bebanan yang sedang dialami oleh wanita yang hamil itu.