Agaknya begitu jugalah tanpa kita sedari mungkin percakapan-percakapan atau tulisan kita menyinggung hati pihak lain. Sesungguhnya yang bernama manusia ini tentulah tidak terlepas dari khilaf dan alpa. Bak kata pepatah:
"Fikirkan semasak-masaknya apa yang hendak dikata tentang orang lain dan kepada siapa anda hendak mengatakannya" -Horatius
"Barang siapa yang banyak tertawa, nescaya kurang disegani, barang siapa bergurau (berlebihan), nescaya dianggap ringan, barang siapa banyak perkataannya (cakap), nescaya banyak jatuhnya (jatuh dalam kebohongan)." -Umar Al-Khattab
"Kalau tidak ada apa-apa yang baik untuk diperkatakan lebih baik berdiam diri"
Tapi macamana kalau orang yang peramah seperti saya ni? Ada sahaja yang nak dicelotehkan dengan kawan-kawan. Pernah sekali cuba untuk kurangkan bercakap selama seminggu, untuk itu saya sering membaca buku apabila ada masa terluang. Namun, tak sampai dua hari sudah ada sahabat yang tegur. "Whats wrong with you?" dan "Why you are so silent lately?" "Kenapa ni....?"
Timbul rasa kasihan apabila kawan dah bertanya begitu. Bukan tak boleh bercakap. Cuma mahu kurangkan. Bimbang percakapan atau perbualan menjurus kepada mengumpat dan sebagainya. Nauzubillah...
Sesunggungya orang yang kuat melafaz kata-kata, kerap kali tidak kuat memikir.
"Memilih kata-kata yang baik dan pantas adalah termasuk budi pekerti." -Imam Syafie
0 comments:
Post a Comment