Showing posts with label Aisyah. Show all posts
Showing posts with label Aisyah. Show all posts

ummiku sayang...


i like this song..

Semoga Allah subhanahu wa taala melimpahkan kita semua dengan kasih sayang yang tulus dan melimpah ruah agar dapat kita kongsi bersama. insyaallah. amen.



19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya

setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.



3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.

t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa

seperti keadaan ibunya melahirkannya.



5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu

tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka

Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas

untuk membela agama Allah s. w. t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama

orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang

takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu

diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah

mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.

w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000

tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,

memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu

syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang

soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang

lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya".

"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah

panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di

udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya

selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu

neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang

dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. (Syurga sorang isteri di bawah tapak kaki suami.)



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi

s. a. w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan

atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan

dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.



19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada

anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan

menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



kesimpulan: berbanggalah anda sebagai ibu, maka jadilah ibu yang terbaik, andai belum menjadi ibu, maka berbaktilah kepada ibumu, andai ibumu sudah tiada, sedekahkanlah al-fatihah buatnya setiap hari2 mu.. insyaallah..


untuk Aisyah,
mama sayang sangat Aisyah! semoga membesar menjadi anak yang baik ye.. insyaallah.


✿ Aisyah ✿

 

Gadis riang ceria
Tersenyum manis dan tertawa
Debu pasir kota mulia
Hinggap di pipimu Umaira

Sutera Bahrain yang merah
Litupi dirimu oh wanita
Terpatri janji hidup bersama
Kini kau kasih insan mulia

Teman suka dan duka
Bersama harungi segalanya
Cemburumu bukan lagi rahsia
Tanda kasih padu dijiwa

Aishah Aishah... istimewa
Aishah Aishah... si merah
Aishah Aishah... bijak mulia
Aishah Aishah... kau setia

Cintamu cinta abadi
Ke akhir hayat kau di sisi
Halaman kauraudah yang suci
Tempat kekasihmu bersemadi

Aishah Aishah... istimewa
Aishah Aishah... si merah

Dan ujian melanda
Badai fitnah semua menimpa
Hentikan deraian airmata
Kerna Tuhan tetap berkuasa
Menjadi pelindung
Dan ... segalanya


Artist: Yasin




Ta'rif ila ismuki/a?

 ابحثي عن اسمك و اعرفي ان كان جيد او لا

Nama adalah identiti dan nilai diri. Pengenalan awal diri seseorang bergantung kepada nama. Bahkan, harta pertama yang diberikan ayah atau ibu kepada anaknya adalah nama.

Islam menetapkan ibu bapa menamakan anak dengan nama yang bermaksud baik. Sifat manusia sukakan yang indah dan baik. Islam itu indah. Allah sukakan yang indah.

Justeru, pemilihan nama anak tidak harus dipandang ringan. Nama anak yang didaftarkan tidak boleh ditukar, melainkan atas keperluan tertentu.

Sebagai Muslim kita percaya kepada hari kebangkitan atau hari akhirat. Sesungguhnya nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Pemilihan nama anak secara tidak langsung melambangkan identiti ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak mereka dengan penuh teliti dan berhemah.

Nama yang baik adalah doa, harapan ibu bapa kepada anak mereka. Dengan memberikan nama yang baik, mencerminkan niat suci ibu bapa supaya anaknya menjadi manusia yang baik seperti tersirat di sebalik namanya.

Sebaliknya, nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi.


Setiap ibu bapa ingin melihat permata hati mereka membesar dan hidup dalam baik, berjaya dan selamat. Permulaan hasrat itu perlu dilakukan dengan memilih nama yang baik. Nama dapat memberi pengaruh terhadap orang yang diberi nama.

Memilih nama baik untuk diberikan kepada anak adalah kewajipan ibu bapa. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah.

Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud: “Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya. ” (Hadis riwayat at-Tausi).

Proses memberi nama anak perlu dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang diberikan Islam. Jangan pakai ikut suka hati tiru pengaruh Barat. Makin ramai tertarik dengan nama berbau kebaratan yang didakwa lebih moden dan sedap itu.

Pada zaman Rasulullah, ramai sahabat mempunyai nama tidak elok maknanya. Nama buruk itu dipilih ibu bapa ketika zaman jahiliah lagi yang tidak peduli soal pemilihan nama untuk anak. Justeru, Rasulullah mencadangkan nama baru untuk menggantikannya.

Diceritakan oleh Aisyah seperti diriwayatkan Tarmizi, bahawa Rasulullah biasa mengubah nama yang tidak baik kepada nama yang baik. Malah nama baik juga diberikan Rasulullah kepada nama tempat atau bandar.

Rasulullah pernah menukarkan nama anak perempuan Umar al-Khattab daripada Ashiyah yang bermaksud penderhaka kepada Jamilah bererti cantik.

Diriwayatkan juga pernah Rasulullah menukar seorang bernama Hazan (duka cita) kepada nama Sahel yang bermaksud mudah. Namun pemuda itu tidak mahu menukarkan nama diberikan bapanya itu. Akibatnya, dia sendiri mengakui perasaan duka cita tidak pernah lekang daripada dirinya.

Ketika Rasulullah tiba di Madinah, nama tempat itu ialah Yathrib yang bermakna `keburukan’. Lantas, Rasulullah menyatakan kepada penduduknya agar ditukar kepada nama baru iaitu Madinah yang membawa makna `yang indah’.

Jika nama tempat tidak boleh di nama dengan nama buruk, tentulah lebih lagi kepada manusia. Maruah manusia banyak bergantung kepada namanya. Penggunaan nama baik lambang betapa Islam amat mementingkan kepada imej baik. Nama baik diharapkan memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya.

Pendapat lain mengatakan nama bayi perlu diberikan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Hujah ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut setiap anak bergantung kepada akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh kelahirannya dan dinamakan serta dicukur kepalanya.

Pemilihan nama anak mestilah indah disebut dan membawa makna yang baik. Maksud indah ialah senang disebut, mudah diingati dan ringkas. Nama itu hendaklah melambangkan nama yang biasa digunakan orang Islam.

Nama yang biasa digunakan orang kafir sebagai melambangkan agama mereka hendaklah dielak. Sesetengah ulama mengharamkan penggunaan nama yang jelas melambangkan penganut agama lain.

Namun, nama orang Islam tidak semestinya dalam bahasa Arab seperti yang difahami sesetengah orang. Bagaimanapun, lebih elok jika nama yang dipilih untuk anak dirujuk maknanya mengikut bahasa Arab. Ia penting bagi mengelak makna buruk dalam bahasa Arab.

Didapati banyak nama Melayu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai makna buruk dan mengaibkan, biarpun amat baik bunyinya dalam sebutan Melayu. Nama binatang, perbuatan buruk, maksud buruk dan nama berhala banyak dinamakan kepada anak tanpa diketahui maksudnya oleh ibu bapa ketika menamakan anak mereka.

Nama dalam bahasa Arab hendaklah dieja dan disebut betul-betul. Tambahan atau tertinggal satu huruf membawa makna berbeza. Justeru, elok jika dirujuk dulu kepada pakar bahasa Arab bagi mendapatkan ejaan dan sebutan tepat nama untuk mengelak salah makna.

Sekarang ini ramai ibu bapa yang sengaja menambah huruf kepada ejaan nama anak supaya kelihatan agak pelik dan panjang. Penambahan huruf q, e, y, f dan z banyak dilakukan kepada nama kerana dikatakan menarik. Banyak masalah timbul akibatnya. Pemilihan nama anak juga perlu menunjukkan perbezaan jantina. Pemilihan nama anak lelaki dengan nama melambangkan anak perempuan adalah tindakan mengaibkan anak. Anak akan berdepan dengan masalah pengenalan identiti jantina.

Biarpun, dalam masyarakat Islam di Malaysia penggunaan bin dan binti untuk membezakan lelaki dan perempuan, penggunaannya hanya digunakan dalam urusan rasmi atau ketika nama ditulis. Sedangkan ketika panggilan harian tidak disebut bin atau binti.

Ibu bapa juga dinasihatkan mengelak daripada menggunakan nama panjang yang mengandungi gabungan beberapa nama. Ia biasanya berlaku apabila ibu dan bapa tidak sepakat memilih nama terbaik.

Ibu dan bapa perlu bertolak ansur untuk menentukan nama bagi anak yang baru dilahirkan. Bersabarlah, nama pilihan masing-masing boleh digunakan kepada anak seterusnya.

Islam tidak membenarkan penggunaan nama yang mendatangkan masalah untuk disebut dan diingati. Pemilihan nama panjang membuktikan kecelaruan fikiran ibu bapa dalam memilih nama anak.

Soal memilih nama anak bukan perkara mudah. Berilah nama yang terbaik dan menggembirakan anak apabila dewasa nanti. Ada anak berusaha menukar nama selepas menyedari masalah timbul akibat nama yang diberikan oleh ibu bapa.

TO REMEMBER!!

# Nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat.
# Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak dengan penuh teliti dan berhemah.
# Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak.
# Ada nama Melayu diterjemahkan ke bahasa Arab mempunyai makna buruk dan memalukan.
# Nama baik boleh memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya
Sumber: http://kelate.my/v1/



Nama-nama Islam pilihan saya (◕‿◕✿) :
 
Bagi saya pula, entah kenapa saya lebih gemarkan nama (jika mempunyai anak nanti, insyaallah) dengan nama yang bermula daripada huruf "A". Mungkin kerana saya merasakan orang yang namanya bermula dengan huruf "A" seringkali dipanggil dahulu oleh guru di sekolah (mengikut abjad nama). Tambahan pula mereka ini sentiasa berada pada kedudukan hadapan di dalam dewan (jika peperiksaan). Jika nama bermula daripada huruf "S" seperti saya ini, seringkali ditempatkan di belakang dewan. Walaupun perkara tersebut tidaklah begitu penting dalam pemberian nama anak, namun seringkali nama yang bermula dari huruf "A" menarik perhatian saya. Di bawah, saya senaraikan nama-nama yang menjadi pilihan saya. Saya memilih nama-nama tersebut berdasarkan petikan:
 
"Nama amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan, dan berwibawa. Manakala anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut, dan terpelihara serta mencantikkan maruah diri."

Nama Perempuan:

1. Alisha:  Jujur, benar, di lindungi Allah

2. Anis: Close friend

3. Alya Amani: Ketinggian & cita-citaku, ketenanganku

4. Auni: Lemah lembutku, ketenangan, ketetapanku

5. Nisa': Perempuan

Nama Lelaki:

1. Amsyar: Yang cergas

2. Arsyad: Yang sangat cerdik

3. Arif: Corporal; aquainted, knowledgable

4. Asyraaf: Yang mulia

5. Azfar: Yang berjaya, yang menang





Walaupun saya masih belum mempunyai anak, tetapi saya sering tertarik dengan articles yang berkaitan dengan Parenting Skills, Bagaimana cara mendidik anak menurut Islam, Guide For Parents dan sebagainya. Minat ini bermula sewaktu saya di tahun dua di UIAM. Roomate saya Farhana memiliki kitab Tarbiatul Aulad (in Arabic) dalam dua jilid. Saya amat kagum apabila sahabat saya membeli kitab tersebut walaupun ianya bukan termasuk dalam silibus pembelajaran kami. (ada subject Parenting yang wajib kami ambil, tetapi in English).

Bermula dari situlah saya sering mengintai kitab-kitab sebegini.. Misi saya sekarang ialah mencari kitab tersebut dalam versi English. (huhu) Saya kurang mahir jika membaca dalam bahasa arab, masih bertatih walaupun kini menjadi guru bahasa arab (shame on me). Walau apapun saya ingin memiliki kedua-dua version. Insyaallah..

Bakal bapa, bakal ibu, atau yang sedang menjadi bapa dan ibu, di zaman era teknologi maklumat ini, bagi saya harus mempunyai pengetahuan yang cukup dalam mendidik anak-anak. Semua sudah sedia maklum anak kecil umpama kain putih yang suci murni dan belum dicorakkan dan diwarnakan. Kitalah yang menentukan corak pada kain tersebut.


Saya pernah terbaca kisah dari sebuah novel yang saya sudah lupa judulnya. Novel tersebut saya baca sewaktu berada di pusat matrikulasi. Ia mengisahkan sebuah cerita berkisar anak iban di Sarawak. Sepasang suami isteri yang susah hidupnya terpaksa menyerahkan anak kembar yang baru dilahirkan kepada orang lain. Kerana tidak mempunyai pilihan lain, si ibu meletakkan seorang daripada anak kembarnya itu di tangga sebuah masjid. Manakala sorang lagi si ibu meletakkannya di hadapan pintu gereja. Setiap seorang anaknya itu dibekalkan seutas rantai dan loket bulat yang sama bentuknya.

Apabila 25 tahun berlalu, seorang paderi besar ingin bersua muka dengan seorang ustaz yang terulung yang sering disebut ramai di kawasan itu. Paderi tersebut merancang pertemuaan itu untuk bersemuka dengan ustaz yang seolah-olah menghalang usaha dakwahnya. Setelah mendapat persetujuaan dan pertemuan di aturkan, maka bertemulah mereka di suatu tempat diiringi pengikut masing-masing.

Namun, alangkah terkejutnya semua yang berada di situ saat melihat muka paderi dan ustaz tersebut saling tidak tumpah! Memang mempunyai raut yang seiras! Malah melihatkan loket yang sama sahlah mereka berdua rupa-rupanya adik-beradik yang dibuang oleh ibu mereka 25 tahun dahulu. Berpelukanlah mereka kerana terharu masih mempunyai ahli keluarga di dunia ini. Namun, mengenangkan haluan hidup mereka yang berbeza, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan mereka masing-masing.

Itulah yang diibaratkan anak kecil umpama kain putih yang bersih. Di masjid, imam masjid tersebut yang menjumpai bayi tersebut dan dipelihara sebaiknya mengikut Islam. Di gereja pula bayi tersebut di jaga oleh paderi yang bertugas di situ. Jelas di sini jika kita sayangkan anak kita, berilah tunjuk ajar yang sesempurna mungkin menurut cara yang sepatutnya yang diajar oleh agama kita, Islam.


Beberapa mutiara kata dan panduan dalam koleksi yang saya simpan ingin saya kongsi agar boleh kita jadikan pedoman bersama:

Kemanjaan membodohkan anak-anak mendepani kehidupan.

-janganlah kita terlalu memanjakan anak-anak kita kelak kita secara tidak sedar merosakkannya.

Memusuhi dan membunuh lansung kesusahan daripada hidup, hanya mewariskan penyakit kepada anak-anak.

-kini kita lihat ramai ibu-bapa yang terlalu melimpahi kemewahan yang tidak terhingga kepada anak-anak tanpa kita sedar ianya membuatkan anak-anak tidak pernah merasa bersyukur atas nikmat tersebut!

Jangan berikan semua yang mereka mahu, tetapi belajarlah untuk mengutamakan apa yang mereka perlu.

Nama amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan, dan berwibawa. Manakala anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut, dan terpelihara serta mencantikkan maruah diri.

Berapa ramai ibu bapa yang hakikatnya sedang menyediakan anak-anak mereka untuk dibakar di dalam kepanasan api neraka lantaran tidak diberi didikan agama? Inilah penderaan hakiki!!

Didikan agama bukanlah sekadar menghafal doa atau suarah-surah Al-Quran semata. Apa yang lebih penting, anak-anak perlu diperkenalkan kepada Allah, seterusnya mendidik agar memahami dan menghayati tujuan hidup mereka.

Info kesihatan: Banyak kematian bayi berpunca daripada kelalaian ibu-bapa seperti tersedak susu, tercekik kacang dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua ibu-bapa, bakal ibu-bapa atau sesiapa sahaja perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sepatutnya sebagai persediaan menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak supaya bukan setakat sihat dan cantik malah menjadi insan yang berguna dan berkualiti. Insyaallah.

Diantara buku-buku atau bahan ilmiah yang boleh dijadikan rujukan kita bersama, saya senaraikan di sini:

1. Tarbiatul Aulad by Abdullah Nasih Ulwan
2. Men Are From Mars, Women Are From Venus by John Gray (agak lari tajuk sebenarnya)
3. New Baby Care Book : A Pratical Guide to the First 3 Years by Dr. Miriam Stoppard.
4. The Complete Book of Mother and Baby Care by Elizabeth Fenwick.

*Banyak lagi sebenarnya antara buku yang boleh kita baca sebagai rujukan. Antara mahu atautidak. Tepuk dada, tanya Iman! (◕‿◕✿)