Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat ummah dapat diteruskan dan diperkembangkan. Setiap kelamin yang ingin membangunkan keluarg aperlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir.
Kehamilan dan kelahiran biasanya tidak menimbulkan sebarang kesulitan atau kerumitan tetapi jika tidak dijaga dengan rapi, ia boleh juga mengganggu kesihatan dan mengancam nyawa ibu dan anak yang dikandung.
Kehamilan tidak boleh dibiarkan berlaku mengikut tabii manusia. Ia mestilah disusun dan dirancang supaya lahir zuriat yang sihat dan sejahtera di segi jasmani, rohani dan mental. Dengan itu anak-anak yang dilahirkan dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Untuk memenuhi hasrat itu, pasangan suami isteri perlulah membuat beberapa persiapan sebelum bercadang mempunyai cahaya mata.
Umur Yang Sesuai
Umur yang paling wajar untuk kehamilan dan kelahiran ialah antara 20 hingga 35 tahun. Risiko terhadap ibu dan bayi dalam kandungan meningkat sedikit di luar lingkungan umur itu, tetapi ini bukan bermakna wanita tersebut tidak boleh hamil langsung; hanya mereka memerlukan jagaan doktor yang lebih.
Kesihatan Yang Baik
Sebaiknya, setiap ibu yang ingin hamil patut mendapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Tentukan dia tidak menghidap penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung atau buah pinggang.
Pemeriksaan Darah
Pemeriksaan darah juga penting untuk mengesan penyakit kelamin khususnya sifilis kerana ia juga boleh menyebabkan kecacatan bayi. Pemeriksaan darah ini juga dilakukan untuk mengesan pelalian demam rubella atau german measles. Jika sudah mendapat pelalian, wanita itu terselamat dari gejala kecacatan bayi jika dia mengalami demam rubella. Jiak belum., adalah lebih baik wanita berkenaan mendapatkan suntikan pelalian dengan segera. Penaykit ini jika berlaku di peringkat awal kandungan boleh menyebabkan beberapa jenis kecacatan bayi termasuk jantung berlubang, pekak dan bisu.
Taraf Pemakanan Yang Baik
Sebelum kehamilan dimulakan, tentukan taraf pemakanan ibu memuaskan. Ini boleh diukur di segi kesihatan dan paras hemoglobin dalam darah. Kekurangan darah atu anemia ketika hamil adalah membahayakan nyawa ibu. Paras hemoglobin yang wajar ialah antara 10 hingga 14 gm peratus. Ujia darah boleh dilakukan oleh klinik ibu dan anak.
Jika berlaku masalah kurang darah, rawatan sewajarnya perlu dilakukan. Sebelum ini eloklah dibuat siasatan mengapa wanita itu mengalami masalah kurang darah. Biasanya saya dapati punca utama ialah makanan tidak seimbang, zat logam besi dan juga zat protein yang tidak mencukupi. Ini kerap berlaku di kalangan wanita luar bandar yang kerap juga menghidap penyakit cacing dan demam malaria. Kedua-dua jenis penyakit ini akan mengurangkan lagi paras darah.
Keadaan kurang darah boleh mengancam nyawa ibu ketika bersalin kerana tumpah darah kerap berlaku. Kekurangan darah juga boleh menjejaskan pertumbuhan bayi dalam rahim.
Ujian Darah Untuk Mengesan Penyakit Berjangkit
Beberapa jenis penyakit berjangkit seperti sifilis, demam ruam yang disebabkan oleh kuman rubella, atau toxoplasmosis boleh mengganggu dan menyebabkan beberapa masalah seperti kecacatan bayi. Misalnya seorang wanita yang didapati menghidap penyakit sifilis dan jika tidak dirawat, maka besar kemungkinan penyakit sifilis akan mengganggu janin dan boleh menimbulkan beberapa masalah seperti keguguran, kematian bayi dalam rahim atau kelahiran bayi cacat.
Ujian yang dilakukan untuk mengesan penyakit sifilis ialah ujian VDRL dan beberapa ujian lain yang lebih khusus. Ini juga boleh dilakukan di kebanyakan klinik kerajaan ibu mengandung ataupun klinik swasta.
Wanita yang ingin mengandung khususnya kandungan sulung elok juga menjalani ujian menentukan sama ada dia telah menjalani pelalian terhadap penyakit demam ruam itu. Jika belum, sebaiknya dapatkan segera suntikan itu supaya ia dapat melindungi kandungan daripada menjadi cacat. Wanita yang belum menerima pelalian rubella, sekiranya diserang penyakit tersebut khususnya di peringkat awal kandungan, berkemungkinan besar janin akan cacat.
Antara kecacatan yang akan dialami oleh janin ialah kecacatan anggota seperti jantung berlubang serta pekak atau bisu. Suntikan untuk melalikan kuman rubella boleh didapati di klinik swasta. Kementerian Kesihatan telah mula memberi pelalian ini kepada anak perempuan di peringkat persekolahan iaitu Tingkatan Tiga dan Tingkatan Lima pada tahun 1988.
Kumpulan Darah
Penting juga bagi wanita yang akan mengandung mengetahui apakah jenis atau kumpulan darah mereka di segi kumpulan ABO dan rhesus. Biasanya kumpulan darah ABO tidak mempunyai kesan membahayakan kehamilan, tetapi bagi wanita yang mendapati mereka dalam kumpulan darah negatif, ini boleh menimbulkan beberapa masalah ketika dia mengandung.
Kadar kejadian rhesus negatif di kalangan penduduk Malaysia adalah rendah. Antara kaum pula, didapati kadar yang tertinggi sekali ialah di kalangan wanita India diikuti oleh wanita Melayu dan Cina.
Kebanyakan penduduk Malaysia adalah rhesus positif dan jika seseorang wanita rhesus negatif berkahwin dengan suami yang darah rhesus positif, ini akan menimbulkan masalah terhadap kandungan. Antara masalahnya ialah keguguran, bayi mati dalam kandungan dan juga bayi lahir dalam keadaan kurang darah serta berpenyakit kuning.
Persediaan Mental Dan Rohaniah
Selain daripada persediaan jasmaniah yang saya nyatakan di atas, persediaan mental juga penting. Tentukan setiap kehamilan itu benar-benar dikehendaki, bukan berlaku secara kebetulan. Tentukan kehamilan dirancang dan kedatangan bayi dinantikan. Kehamilan yang tidak disengajakan boleh menimbulkan masalah hubungan dan kasih saying antara ibu dan bayi. Keadaan ini mungkin boleh menjejaskan perkembangan mental dan akhlak bayi itu dalam jangka panjang.
Seseorang ibu yang menempuhi kehamilan dan kelahiran patut mendapat sedikit pengetahuan mengenai proses tersebut. Tanpa pengetahuan, ia boleh menyebabkan tekanan bukan sahaja kepada tubuh badan tetapi juga mentalnya. Tekanan ini pula menyebabkan beberapa masalah emosi dan psikologi.
Ada wanita mengalami masalah kemurungan yang teruk sekali selepas melahirkan anak. Wanita ini akan mengalami tekanan jiwa menyebabkan dia dalam keadaan yang digelar pueperal psychosis. Jika keadaan ini sangat terus ada wanita yang sampai ke tahap henak membunuh diri.
Oleh itu, persediaan mental dan emosi juga perlu disiapkan. Dalam hal ini suami memainkan peranan yang amat penting. Ibu bapa dari pihak isteri dan suami serta saudara-mara perlulah memberi sokongan moral kepadanya.
Antara punca tekanan jiwa dan emosi ialah akibat beban mengandung dan menaungi anak selama sembilan bulan sepuluh hari dalam kandungannya itu. Di peringkat awal wanita tersebut mengalami masalah seperti loya dan muntah, kadang-kadang sukar hendak tidur malam. Ada antara mereka yang perlu bekerja di pejabat dan masih juga membuat kerja rumah.
Ini boleh membebankan fizikal dan juga mentalnya. Ada juga suami yang tidak memberi sokongan dan pertolongan yang sewajarnya ketika isteri dalam keadaan sarat. Wanita juga perlu diberitahu mengenai kesakitan waktu kelahiran anak dan diajar cara mengatasi atau mengurangkan kesakitan. Ada sesetengah wanita mengalami kesakitan yang amat terus dan berpanjangan pula dan ini mempunyai kesan psikolgi yang agak berat.
Selepas melahirkan anak beban emosi timbul apabila dia perlu menjaga anak dan bangun malam menukar lampin dan menyusukan bayi. Ini juga akan menekan jiwa seseorang wanita. Dalam hal ini ada baiknya suami turut membantu isteri dengan bergilir-gilir menjaga anak.
Untuk menstabilkan jiwa dan emosi, penting bagi ibu tersebut menguatkan iman dan pegangannya kepada Allah dengan banyak menunaikan sembahyang, berzikir khususnya di waktu-waktu genting seperti ketika sakit bersalin. Keimanan, berzikir dan bertasbih, insya-Allah akan dapat mengurangkan tekanan dan bebanan yang sedang dialami oleh wanita yang hamil itu.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment