Pulang dari majlis perkahwinan seorang rakan di Batu Buruk, membawa saya ke Giant di Kuala Terengganu kerana telah berjanji untuk membawa si kecil Luqmanul Hakim (adik bongsu) ke situ. Tak sangka pula saya di tingkat atas Pasaraya Giant tu dah ada Pusat Hiburan Keluarga atau lebih tepat Pusat Games! Alang-alang dah sampai, saya meninjau sekejap. Agak besar juga Pusat Games tu sehingga ada bilik-bilik untuk bermain PS2! Dan semua urus niaga di situ menggunakan sistem token seperti di pusat-pusat hiburan yang lain.

Saya bukan apa, melihat ramai budak-budak sekolah (tentulah bawah umur) berpeleseran bermain di situ, terdetik di fikiran saya alangkah ruginya mereka membuang MASA dan DUIT sebegitu. Sedangkan masih di bangku sekolah. Alangkah baiknya jika mereka memilih untuk ke perpustakaan negeri yang selang beberapa langkah sahaja dari Pasaraya Giant tersebut.

Saya bukan antikan hiburan, tetapi terdetik perasaan marah terhadap pengusaha pusat terbabit yang tentunya bukan melayu. Tetapi yang mengunjunginya hampir 100% melayu. Tiada seorang pun dari kaumnya yang berada di situ. Satu lagi cabaran yang terpaksa ibu bapa ambil tahu, cakna dan pantau. Melihatkan adik saya yang darjah dua ini pun sudah excited hendak mencuba permainan tersebut saya sudah susah hati. Kata saya, adik tak sayang ke nak derma duit kat orang tu? Sambil tunjuk ke arah tokeynya yang berbadan gempal. Saya katakan padanya, di rumah pun adikkan selalu main PS2. Apa bezanya dengan disini?

Malang kerana golongan yang menjadi mangsa pengusaha ini adalah golongan pelapis yang diharapkan pada satu hari nanti menjadi peneraju negara tercinta ini. Teringat sewaktu belajar subjek psychology di UIA, tentang psychology teenagers. Remaja dan kanak-kanak digambarkan sebagai golongan yang amat rapuh ketahanan fizikal dan mentalnya itu, tentulah begitu mudah di tarik dengan hidangan berbentuk siber ini sehinggakan wujud di dalam hati dan minda mereka bahawa kecanggihan ini adalah suatu hidangan utama yang menjadi kemestian di dalam kehidupan seharian mereka. Saya sendiri melihat wajah teruja mereka termasuklah adik saya sendiri. Aduhai...

Saya bimbang jika remaja menjadi obses terhadap permainan ini sehinggakan mereka tidak sabar-sabar untuk menghabiskan jadual persekolahan mereka semata-mata untuk memenuhi temu janji di pusat hiburan tersebut!





0 comments:

Post a Comment