Hari ini 6 Rejab. Rejab berlalu tanpa disedari.. Sedar-sedar ada kawan ajak berpuasa.. Ingatkan puasa ganti, rupanya puasa sunat rejab. Terharu apabila singgah sebentar di bandar jerteh untuk ke klinik, memandangkan hampir waktu maghrib, singgah di bazar membeli juadah. Suasana seperti bulan ramadhan, ramai orang membeli juadah untuk berbuka puasa. Bila azan berkumandang, subnallah, ramai rupanya yang berpuasa (pemandu teksi, pekerja supermarket, n etc) semuanya berbuka puasa. Rasa bersyukur dan terharu melihat situasi tersebut. Rupanya orang-orang jerteh ni agak islamic.. Alhamdulillah.

Mengapa kita disunatkan berpuasa di bulan Rejab? Apa kelebihan bulan ini? Daripada tak tahu, lebih baik kita ambil tahu kan.. Maklumlah, nanti kalau ada sesiapa atau anak sendiri tersilap tanya, takdelah kita terkulat-kulat nak menjawabnya.. (✿◠‿◠)

Rejab bermaksud ta’azim ( kebesaran, keagungan dan kemuliaan ) kerana ALLAH S.W.T. akan melimpahkan rahmat dan kemurahan-NYA. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk melalui bulan Rejab dan berharap, saya dan anda semua tidak akan mensia-siakan peluang yang ada.

Berikut adalah himpunan kelebihan-kelebihan bulan Rejab yang boleh dimanafaatkan oleh kita semua dengan memperbanyakkan ibadah.



Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya ALLAH muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan ALLAH, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malam NISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.

Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.


 


Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.

info: linncome.com

Insyaallah, dengan sedikit info ini, semoga kita dapat mengambil sedikit input dan iktibar daripadanya. Jika kita tak mampu untuk melaksanakan kesemuanya, buatlah sedikit sahaja sekadar termampu. Jangan ditinggalkan kesemuanya. Wallahua'lam.




2 comments:

Anonymous said...

Rejab sedang dilalui, syaaban dan ramadhan bakal datang. Andai tak diingat-ingatkan sedar-sedar dah nak puasa ramadhan je nanti. terima kasih berkongsi posting ni. terimakasih Dalila.

Dandelion said...

terima kasih rt..(◕‿◕✿) semoga Allah merahmati kita.. amen.

Post a Comment