Hal-hal baik harus diperhatikan untuk mencapai kehidupan yang tenteram yang berkaitan dengan persoalan wanita supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu akan tercapai ialah delapan perkara:

(1) Agama
(2) Kelakuan
(3) Kecantikan
(4) Ringan maskahwin
(5) Boleh melahirkan anak (tidak mandul)
(6) Perawan
(7) Keturunan baik
(8) Bukan keluarga yang dekat

Berikut keterangan lanjut mengenai perkara-perkara ini secara satu persatu:

Pertama: Hendaklah isteri itu seorang yang saleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya. Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit. Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap enteng saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus. Walhasil si suami akan berada dalam keadaan yang serba-salah sekali. Demikian pula sifat wanita yang rosak agamanya akan sering mempermain-mainkan harta benda suaminya atau sebagainya, sehingga hidup si suami dengannya akan sentiasa kurang tenteram. Jika suami terus mendiamkan diri dan tidak melarang kelakuannya, nescaya ia menjadi kongsi dalam maksiat dengan isterinya dan berarti menentang firman Allah Ta’ala.

“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)

Jika si suami menegah si isteri dan melarang kemahuannya akan timbul pula pertengkaran sehingga boleh memendekkan umur si suami. Sebab itulah Rasulullah s.a.w sangat-sangat menggalakkan dan meransang supaya memilih wanita yang kukuh agamanya. Baginda bersabda:

“Wanita itu dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”

Kedua: Baik budi pekertinya, sebab jika isteri itu banyak mulutnya, lidahnya suka menyebut kata-kata yang rendah, suka mengingkari nikmat, nescaya akan lahir daripadanya lebih banyak bahaya daripada manfaat. Kesabaran atas lidah kaum wanita seumpama ini adalah suatu cubaan yang biasanya dicubakan oleh Allah ke tasa para aulianya.

Ketiga: Manis atau cantik rupanya; ini juga sering dituntut oleh orang kerana dengannya akan terpelihara diri dari mencari yang lain, sebab tabiat manusia biasanya tiada puas dengan isteri yang buruk rupa. Apa yang kamu sebutkan supaya memilih yang teguh agamanya bukanlah berarti melarang memilih yang cantik rupanya, bahkan yang dilarang ialah memilih yang cantik semata-mata tanpa mementingkan perkara agama. Sebab biasanya wanita yang cantik itu menarik orang kepada perkahwinan, sedangkan urusan keagamaannya sering diletakkan di belakang saja. Jadi anjuran untuk memilih isteri yang cantik itu untuk menjaga rumahtangga menjadi rukun dan damai. Malah syariat sering mementingkan supaya memerhatikan sebab-sebab kerukunan rumahtangga antara suami dan isteri, kerana itulah disunnatkan melihat bakal isteri sebelum berkahwin, sebagai mana sabda Rasulullah s.a.w.:

“Apabila Allah telah mentakdirkan cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihat kepadanya (wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan perhubungan antara keduanya.”

Setengah para ahli wara’ tidak akan mengahwinkan anak-anak perempuan mereka melainkan setelah dilihat oleh calon-calon suaminya untuk memelihara diri dari tuduhan menipu.

Berkata al-A’masy: Semua perkahwinan dijalankan tanpa diberi peluang kepada calon suami untuk melihat terlebih dulu akan berkesudahan dengan kesusahan dan kekesalan.

Pernah diriwayatkan, seorang lelaki berkahwin dalam zaman Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. Orang ini mengecat rambutnya yang beruban itu sehingga kelihatan sebagai seorang anak muda. Apabila ternyata perkara itu kemudiannya, keluarga si isteri pun mengadu kepada khalifah Umar, kata mereka: Kita menyangka ia seorang anak muda. Maka oleh Umar dipukulnya orang itu sehingga ia mengaduh. Khalifah berkata: Engkau telah menipu keluarga isterimu.

Penipuan serupa itu boleh berlaku pada perkara kecantikan dan budi pekerti. Maka sewajarnyalah dilenyapkan tipu daya dalam kecantikan itu dengan diberi tontonan terlebih dulu. Dalam akhlak dan budi pekerti pula, dapat diketahui dengan ditanyakan kepada orang lain ataupun dengan menyaksikan sendiri orangnya. Dan janganlah seseorang itu berani menceritakan kelakuan orang lain, melainkan ia memang benar-benar seorang bijaksana dan mengetahui selok-belok orang yang diceritakan itu secara lahir dan batin, tidak cenderung kepadanya lalu dipuji secara berlebih-lebihan, dan tidak pula membenci sehingga ia mencacinya dan mengatakan yang bukan-bukan. Sebenarnya memang sukar sekali ditemui seorang orang menikmati syarat-syarat ini, dan biasanya amat jarang pula seseorang itu dapat bercakap benar dalam perkara serupa ini, malaj kebohongan dan pengeliruan sering melanda suasana ini. Maka sayugialah bagi orang yang ingin menjaga diri, haruslah berhati-hati dalam perkara seumpama ini.

Keempat: Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham. Saib Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairaah r.a dengan maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk bertanyakan khabar saja.

Ada sebuah Hadis yang mengatakan bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya. Sebagaimana makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga siwanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak lagi. Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan maksud ayat berikut:

“Janganlah engkau memberikan lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddatstsir: 6)

Kelima: Hendaklah ia mengetahui, bahawasanya si wanita itu boleh melahirkan anak, kiranya diketahui kemandulannya, maka hendaklah ia menahan diri dari berkahwin dengannya.

Keenam: Hendaklah wanita itu seorang gadis. Berkata Rasulullah s.a.w. kepada Jabir yang baru menikahi seorang janda: “Mengapa tidak menikahi si gadis yang boleh engkau bergurau senda denganmu.”

Ketujuh: Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik, maksudnya dari kaum yang terkenal menjaga urusan agamanya dan termasyhur dengan perjalanannya yang lurus. Sebab wanita dari rumahtangga yang seumpama itu akan memelihara dan mendidik putera-puterinya pada jalan yang diredhai oleh Allah dan RasulNya. Andaikata ia seorang yang tidak berpendidikan bagaimana ia dapat mendidik dan memelihara anak-anaknya. Dalam sebuah Hadis: “Pilih-pilihlah tempat meletakkan air mani kamu, kerana urat itu beradu.”

Kedelapan: Hendaklah wanita itu bukan dari kerabat yang dekat, sebab yang demikian itu akan mengurangkan syahwat, sedangkan itu merupakan perkara utama yang menarik kepada wanita.


Tugas Wali

Seorang wali harus memerhati dan meneliti kelakuan dan geraklaku calon suami, jangan sampai mengahwinkan puterinya kepada seorang lelaki yang cacat atau buruk budi pekertinya, ataupun lemah agamanya. Begitu juga seorang lelaki yang tidak mempunyai tanggungjawab, ataupun yang tidak sekutu dengan kedudukannya. Apabila ia mengahwinkan puterinya dengan seorang zalim atau fasik atau yang lemah agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar printah agamanya dan ketika itu akan terdedahlah kepada kemurkaan Allah Ta’ala kerana ia telah mencuaikan persoalan silatur-rahmi (perhubungan tali kerabat) dan telah memilih jalan yang salah.

Seorang ayah telah datang meminta nasihat kepada al-Hasn, katang: Telah banyak orang yang datnag meminangi puteriku, tetapi aku tak tahu siapa yang harus kukahwinkan dia. Berkata al-Hasan: Kahwinkanlah puterimu itu dengan orang yang banyak taqwanya kepada Allah. Andaikata suaminya membencinya, nescaya tiada dianiayainya.
Show me a glance that says you care
A silent smile between us share.
Save me your pity and false remorse,
Flaunted ego and empty discourse.
Have I hurt you, that you shy away?
Or something within me that’s got you so afraid?
Why don’t you see me as you see yourself:
Clean and pure, in no need of help?
Until then, our lives remain apart
Until you see, and see within my heart.
Mempercayai seseorang bukanlah mudah sebenarnya. Jika baru mengenalinya tentu perasaan sangsi akan timbul dari sanubari. Ada juga yang sudah lama mengenali tapi masih juga belum mempercayai. Dalam satu perhubungan, tidak wajar sekiranya kamu masih tidak ada kepercayaan terhadap si dia. Walaupun mungkin kamu tidak akan mempercayai si dia seratus peratus, tapi tak salah kalau kamu meletakkan anggaran dibawah 70 peratus keyakinan kamu terhadapnya. Tapi mudahkah kamu melakarkan kepercayaan terhadap si dia?

Sebenarnya ada faktor-faktor yang boleh menimbulkan kepercayaan.

Faktor 1 - Konsisten Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu. Tapi berhati-hatilah kerana mungkin dengan cara ini si dia boleh menjerat kamu. Siapa tahukan!

Faktor 2 - Boleh dikawal Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Kejujuran Kejujuran memang perlu untuk menjamin sebuah perhubungan yang bahagia. Kamu juga tidak patut menyembunyikan perkara-perkara yang sepatutnya diketahuinya. Jika kamu dan si dia jujur , ini membolehkan kamu berdua tidak takut untuk berbahas kerana berpendapat ianya juga untuk kebaikan bersama. Walaupun adakalanya tercetus pertengkaran kecil kerana masing-masing ingin mengutarakan pendapat sendiri, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk memilih pendapat yang terbaik demi menjamin perhubungan yang stabil.

Faktor 5 - Terima seada-adanya Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 6 - Perlu dimengertikan Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 7 - Simpati Simpati adalah usaha untuk memberikan pengertian yang lebih mendalam, seakan berusaha menempatkan diri kita di dalam emosi si dia. Sebenarnya tidak mudah melakukan perkara ini. Tapi bila dapat menimbulkan simpati, kebanyakan pasangan mampu mengatasi perkara-perkara yang boleh menimbulkan pertengkaran dan perselisihan pendapat kerana memahami sesuatu yang boleh mengganggu hubungan.

Faktor 8 - Diyakini Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 9 - Perbezaan pendapat Memanglah tak dapat lari dari perbezaan pendapat antara kamu dan si dia. Mereka yang berusaha terlalu keras untuk menyangkal atau takut mengakui bahawa dirinya berbeza pendapat dengan pasangannya selalunya seorang yang tidak berani menghadapi kenyataan. Tak mungkin akan selalu sama pendapat sebaliknya mampu berkompromi untuk menunjukkan kedewasaan masing-masing.

Faktor 10 - Elakkan dendam Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 11 - Berfikiran terbuka Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 12 - Tulus dan jujur Ketulusan dan kejujuran memainkan peranan yang penting dalam sesebuah perhubungan. Bukan saja dari segi perbuatan malah juga percakapan. Apa yang ingin disampaikan haruslah dengan niat sejujur yang mungkin dan bukanlah hanya untuk melindungi kesilapan. Pilihlah kata-kata yang sedap didengar dan senang dimengertikan. Melalui komunikasi, kita juga boleh menangkap adakah si dia jujur dan tulus ataupun sebaliknya.

Faktor 13 - Tak selalu didampingi Bukan semua orang sukakan kekasihnya sentiasa disisi. Ada juga yang inginkan sedikit kebebasan dan asal bijak mengawal diri itu sudah cukup memadai. Apa yang penting, jika si dia tidak menemani kamu, jangan pula berfikir yang bukan-bukan dan mulalah menganggap yang si dia sengaja mahu mengabaikan kamu. Singkirkan perasaan ini kerana ini bukanlah niatnya sebaliknya ingin memberikan kamu sedikit ruang untuk menjalani aktiviti sendiri.

Faktor 14 - Jauh di mata dekat di hati Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 15 - Persamaan Persamaan antara kamu berdua akan menguatkan lagi rasa cinta bila masing-masing yakin bahawa hubungan itu diimbangkan dengan prioriti utama. Jangan hanya mementingkan hak seorang diri saja dan haruslah mengambil berat tentang kedua belah pihak. Sebenarnya kamu berdua saling memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan keseimbangan dalam perhubungan.

Faktor 16 - Tak saling menyalahkan Tak selalu hubungan yang terjalin berjalan lancar dan adakalanya ia akan bergegar jua. Hubungan cinta yang lancar haruslah tidak dilandasi sikap saling menyalahkan. Apa yang terjadi merupakan interaksi dari dua pihak yang memiliki kebebasan mengeluarkan pendapat dan keinginan yng berbeza. Menyalahkan antara satu sama lain bukanlah boleh menyelesaikan masalah sebaliknya akan menjejaskan lagi hubungan. Keegoan mungkinlah penyebab mengapa kamu dan si dia saling menyalahkan antara satu sama lain.

Faktor 17 - Hormat-menghormati Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 18 - Penghargaan Tidak salah sekiranya kamu menghargai si dia. Bukannya hendak menyanjung tinggi ataupun terlalu memuja dirinya. Tetapi biarlah sekadar si dia tahu yang kamu amat mengharagi kasih dan dirinya. Caranya? Emmm… hanya kamu saja yang tahu bagaimana kerana lain orang lainlah caranya. Apapun kalau kamu memang sayangkannya, jangan segan silu untuk menunjukkan perasaan kamu serta jangan lupa harga perasaan dan dirinya.

Faktor 19 - Bukan materialistik Bayangkanlah kalau kamu seorang yang materialistik? Mesti kekasih kamu pokai dibuatnya. Mana taknya kalau kamu minta yang bukan-bukan. Dalam perhubungan, jangan sesekali kamu menjadikan wang sebagai punca utama mengapa kamu memilih si dia. Jika ianya terjadi, hubungan kamu mungkin sukar bertahan lama dan membuatkan si dia akan berprasangka terhadap kamu.

Faktor 20 - Perancangan bersama Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan?
Sumber: Sharing is Caring

Kenapa merajuk?

-Cemburu
-Tidak dapat apa yang diinginkan
-Orang lain lebih hebat dari dia

Camna nak pujuk?

-Terangkan perkara sebenar
-Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
-Ucapkan kata-kata “manis”
-Nyanyikan lagu buatnya
Alone by myself
No one to talk to
Afraid of my surroundings
Alone by myself
In pain and fiery
I miss the happy days
Alone by myself
In my own little corner
Frightened of what will happen next
Alone by myself
I think about my life
And cry until no tears are left to cry
Alone by myself
But not really alone
Only in my heart forever more
1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.

2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.

3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.

4. Jujur dan sentiasa merendah diri.

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lekukan apa yang dia tidak suka.

6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.

7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut.

8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

9. Jangan terlalu mengokong.

10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.

Setiap pasangan mempunyai cerita yang tersendiri. Ada yang kalau boleh, mahu je menceritakan segala apa yang berlaku kepada pasangannya. Kalau tidak pun, menceritakan apa yang dia makan, apa yang dia rasa, apa perasaan dia pada ketika itu dan macam-macam lagi. Tetapi, tidak semua yang perlu kita beritahu bukan?

Memang tidak salah untuk berahsia tetapi janganlah sampai menipu. Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh pasangan anda, memang la kita patut tidak menceritakan kepadanya. Ini bagi mengelak hubungan kita menjadi masalah. Tetapi sekiranya dia dapat tahu dan kita menipunya, tidakkah keadaan akan menjadi lebih teruk?

Kita juga janganlah terlalu jujur sehingga semua benda ingin diceritakan kepada pasangan kita apabila ditanya. Saya tahu anda pernah tanya kepada pasangan anda, apa lauk yang mereka makan pada tengahari tadi atau pun malam tadi. Owh…ianya amat biasa bagi setiap pasangan untuk tanya soalan-soalan sebegini. Dan ada juga pasangan yang tanya soalan yang bukan-bukan. Merepek-merepek sahaja soalannya.

Tetapi, anda harus tahu memang ada perkara yang perlu kita rahsiakan. Di antaranya, sekiranya perkara itu merupakan rahsia yang kita telah janjikan dengan seseorang, tidak elok untuk kita ceritakan kepada pasangan kita. Kerana ia digolong dalam golongan orang yang tidak amanah. Selain daripada itu, ada juga rahsia yang berkaitan dengan pekerjaan. Takkan anda bekerja sebagai ejen rahsia kerajaan dan menceritakan misi-misi sulit kepada pasangan anda? Tidak baik bukan?

Jadi, semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya ingin tekankan di sini adalah, anda boleh berahsia tetapi jangan menipu. Binalah hubungan yang jujur dan ikhlas. Ok?
*menurut kajian Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
JANUARI
- Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
- Suka mendidik dan dididik
- Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik
- Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil
- Suka smart, kemas dan teratur
- Bersikap tenang dan sensitif
- Berfikiran yang mendalam
- Pandai mengambil hati orang lain
- Pendiam kecuali selepas diransang
- Agak pemalu
- Daya tumpuan yang sangat tinggi
- Mudah mendisiplin diri sendiri
- Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
- Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya
- Cukup sayang pada kanak-kanak
- Suka duduk dirumah
- Setia pada segala-galanya
- Perlu belajar kemahiran sosial
- Sikap cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
- Berfikiran warak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Intelligent ,bijak dan genius
- Berpesonaliti yang mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam,pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pada segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apabila dikongkong
- Suka kegiatan lasak (Kerja luar)
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah mempamerkan marahnya (emosinya)
- Tidak suka benda yang remeh-temeh (banyak guna otak kanan)
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani dan mudah memberontak
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yang bersifat seni (hindustan)
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Kecenderungan pada benda yang tahyul
- Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamerkan emosinya

MAC
- Berpesonaliti yang menarik dan menawan
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa)
- Tidak terlalu moody

APRIL
- Sangat aktif dan dinamik
- Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal
- Sangat menarik dan pandai memanjakan diri
- Punya daya mental yang sangat kuat
- Suka diberi perhatian (diberi pujian)
- Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain.
- Suka adventure
- Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah
- Emosi cepat terusik
- Kecenderungan bersifat dendam
- Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas)
- Kelam-kabut dalam membuat keputusan
- Kuat daya ingatan
- Instint power, gerak hati yang sangat kuat
- Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
- Berpenyakit disekitar kepada dan dada
- Mudah dan terlalu cemburu

MEI
- Keras hati dan degil
- Semangat dan bermotivasi tinggi
- Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
- Berfikiran tajam
- Mudah marah apabila tidak dikawal
- Perasaan yang amat mendalam
- Cantik dari segi fizikal dan mental
- Tidak perlu dimotivasikan
- Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
- Mudah dipujuk
- Bersikap sistematik (otak kiri)
- Suka berangan
- Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu)
- Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
- Daya khayalan yang tinggi
- Berfikiran tajam
- Pandai berdebat
- Bentuk fizikal yang baik dan menarik
- Kelemahan sistem pernafasan
- Suka sastera, seni dan muzik serta melancong
- Tidak berapa suka duduk dirumah
- Tak mempunyai ramai anak
- Tak boleh duduk diam
- Rajin dan bersemangat tinggi
- Agak boros

JUN
- Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual)
- Mudah tertawan kerana sikap baik
- Berperangai yang lemah lembut
- Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood
- Idea yang terlalu banyak didalam kepala
- Bersikap sensitif
- Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera
- Bersikap suka menagguh-nangguh
- Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
- Cepat marah tapi cepat sejuk
- Suka bercakap dan berdebat
- Suka buat lawak dan bergurau
- Otaknya cerdas dan berangan-angan
- Mudah dan pandai berkawan
- Orangnya sangat tertib
- Pandai mempamerkan sikap
- Mudah kecil hati
- Mudah kena selsema
- Suka berkemas
- Cepat rasa bosan
- Bersikap terlalu memilih dan cerewet
- Kurang mempamerkan perasaan
- Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka
- Suka barangan berjenama
- Kedegilan yang tidak terkawal

JULAI
- sangat seronok didampingi
- banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya)
- agak pendiam kecuali dirangsang
- ada harga dan maruah diri
- tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
- mudah dipujuk dan bercakap lurus
- sangat menjaga hati orang lain
- sangat peramah
- emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya
- berjiwa sentimental
- jarang berdendam
- mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
- tidak suka benda yang remeh temeh
- sangat peka, caring, mengasihi sayang
- membimbing cara fizikal dan mental
- layanan yang serupa dengan semua orang
- tinggi daya simpati
- pemerhatian yang sangat tajam
- suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya
- mudah dan rajin belajar
- suka muhasabah diri
- suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama
- sensitif tapi lambat untuk pulih
- suka mendiamkan diri
- suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
- tak agresif, kecuali terpaksa
- lemah dari segi kesihatan perut
- mudah terkena kanser payudara
- mudah gemuk kalau tak kawal diet
- suka duduk di rumah
- terlalu mengambil berat
- rajin dalam membuat kerja

OGOS
- suka berlawak
- orang yang mudah tertawan kepadanya
- sopan santun dan caring terhadap orang lain
- berani dan tidak tahu takut
- orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
- pandai pujuk orang lain
- terlalu pemurah, tetapi bersikap ego
- nilai harga diri yang sangat tinggi
- dahagakan pujian-pujian
- cepat marah dan mudah mengamuk
- mudah marah apabila cakapnya dilawan
- mudah kasihan pada orang lain
- cepat cemburu
- daya pemerhatiannya tajam dan teliti
- fikiran yang mudah berdikari
- suka memimpin dan dipimpin
- sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat
- cepat sembuh bila ditimpa penyakit
- belajar untuk relaks
- ada sikap kelam kabut juga
- romantik, pengasih dan penyayang
- suka mencari kawan
- cepat berfikir dan teliti

SEPTEMBER
- sangat bersopan santun
- mudah bertolak ansur
- sangat cermat teliti dan teratur
- suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
- pendiam tapi pandai bercakap
- sikapnya sangat cool
- sangat baik dan mudah simpati
- sangat prihatin dan berperinci
- amanah, setia dan jujur
- kerja yang dilakukan sangat sempurna
- sangat sensitif yang tidak diketahui
- orangnya banyak berfikir tapi pendiam
- daya pentaakulan yang baik
- otak bijak dan mudah belajar
- suka mencari maklumat
- kawal diri dari terlalu mengkritik
- pandai mendorong diri sendiri
- mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
- simpan rahsia
- suka sukan, hiburan dan melancung
- kurang menunjukkan perasaannya
- terluka hatinya sangat lama disimpan
- terlalu memilih pasangan
- sukakan benda yang luas
- kerja bersistematik

OKTOBER
- cukup seimbang
- suka kepada orang yang sayang padanya
- suka ambil jalan tengah
- sangat menawan dan sopan santun
- kecantikan luar dan dalam
- tidak pandai berbohong dan berpura-pura
- mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
- sentiasa suka berkawan
- hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama
- ada kala cepat marah
- macam mementingkan diri sendiri
- tidak menolong orang kecuali diminta
- suka melihat dari perspektifnya sendiri -
 tak suka terima pandangan orang lain
- emosi yang mudah terusik
- suka berangan-angan dan pandai bercakap
- emosi yang kelam kabut
- daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
- suka melancong, bidang sastera dan seni
- pengasih, penyayang dan lemah lembut
- romantik dalam percintaan
- mudah terusik hati dan cemburu
- ambil berat tentang orang lain
- suka kegiatan luar
- sukakan keadilan
- boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
- ada kalanya mudah patah semangat

NOVEMBER
- banyak idea dalam kepala
- sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya
- berfikiran terkehadapan
- berfikiran unik dan bijak
- penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa
- pemikiran yang tajam
- daya firasat yang sangat halus dan tinggi
- bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai
- cermat dan teliti
- dorongan seks yang agak tinggi
- personaliti yang dinamik
- sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
- banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
- berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran
- terlalu degil dan keras hati
- apabila hendak diusahakannya sampai berjaya
- tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat
- mudah ambil berat tentang orang lain
- pandai muhasabah diri
- cara berfikir lain daripada orang lain
- otaknya sangat tajam
- pandai mendorong diri sendiri
- tidak hargai puji-pujian
- kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
- apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
- badan yang tough
- kasih sayang dan disayangi sangat mendalam
- romantik
- yakin dengan hubungan kasih sayang
- suka duduk di rumah
- sangat rajin berkemampuan yang tinggi
- amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia
- tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
- bercita-cita tinggi

DISEMBER
- sangat setia dan pemurah
- bersifat patriotik
- sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
- sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa
- bercita-cita tinggi
- suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
- sangat menarik dan seronok didampingi
- suka bercampur dengan orang lain
- suka dipuji
- diberi perhatian dan dibelai
- sangat jujur, amanah dan bertolak ansur
- tidak pandai berpura-pura
- ada kalanya cepat marah -
 perangai yang berubah-ubah
- tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
- benci kepada kongkongan
- pandai buat lawak dan memikir dengan logik

When ur eyes met mine,
my heart began to shine.
When u smiled at me,
I knew it was destined for us to be.
When u gave me ur heart full of luv,
I threw my arms around u and gave u a hug.
When u told me we would be together,
I believed u and didn't want to leave u ever.
One day something happened,
u broke my heart and smacked it.
U shattered my poor heart,
u lied to me just to look smart.
When u did that,
I saw u like a rat.
Months later u want me back,
too bad honey, trash I throw, I dont take back.
I loved u,
well, I still do.
But u hurt me
and I dont want us to ever be.
When I see you I wanna die
cuz I remember how I used to cry.
I luv u,
but I know that ur luv isn't true.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan RasulNya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku
dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala
perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala
dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

How do I thank you?
When I was walking towards you
I wanted to smell the fragrance of a flower
But you gave me a blooming garden
How do I thank you?
When I was walking towards you
I wanted to watch a lonely star
But you gave me a starry sky
How do I thank you?
When I was walking towards you
I wanted to listen to the flow of a wave
But you gave me a wavy ocean

I know u worry about me
but u dont need to be
I wish u knew
what I feel about u
even though we are apart
u have the key to my heart
u dont give urself enough credit
so I'll say some of it
Your amazing, Your kind, Your caring
Your sweet, Your helpful, Your loveable
and I love u ALOT

somewhere someone dreams of ur smile
and finds ur presence in life so worthwhile
so when ur lonely remember its true
someone someone is thinking of u