Walaupun saya masih belum mempunyai anak, tetapi saya sering tertarik dengan articles yang berkaitan dengan Parenting Skills, Bagaimana cara mendidik anak menurut Islam, Guide For Parents dan sebagainya. Minat ini bermula sewaktu saya di tahun dua di UIAM. Roomate saya Farhana memiliki kitab Tarbiatul Aulad (in Arabic) dalam dua jilid. Saya amat kagum apabila sahabat saya membeli kitab tersebut walaupun ianya bukan termasuk dalam silibus pembelajaran kami. (ada subject Parenting yang wajib kami ambil, tetapi in English).

Bermula dari situlah saya sering mengintai kitab-kitab sebegini.. Misi saya sekarang ialah mencari kitab tersebut dalam versi English. (huhu) Saya kurang mahir jika membaca dalam bahasa arab, masih bertatih walaupun kini menjadi guru bahasa arab (shame on me). Walau apapun saya ingin memiliki kedua-dua version. Insyaallah..

Bakal bapa, bakal ibu, atau yang sedang menjadi bapa dan ibu, di zaman era teknologi maklumat ini, bagi saya harus mempunyai pengetahuan yang cukup dalam mendidik anak-anak. Semua sudah sedia maklum anak kecil umpama kain putih yang suci murni dan belum dicorakkan dan diwarnakan. Kitalah yang menentukan corak pada kain tersebut.


Saya pernah terbaca kisah dari sebuah novel yang saya sudah lupa judulnya. Novel tersebut saya baca sewaktu berada di pusat matrikulasi. Ia mengisahkan sebuah cerita berkisar anak iban di Sarawak. Sepasang suami isteri yang susah hidupnya terpaksa menyerahkan anak kembar yang baru dilahirkan kepada orang lain. Kerana tidak mempunyai pilihan lain, si ibu meletakkan seorang daripada anak kembarnya itu di tangga sebuah masjid. Manakala sorang lagi si ibu meletakkannya di hadapan pintu gereja. Setiap seorang anaknya itu dibekalkan seutas rantai dan loket bulat yang sama bentuknya.

Apabila 25 tahun berlalu, seorang paderi besar ingin bersua muka dengan seorang ustaz yang terulung yang sering disebut ramai di kawasan itu. Paderi tersebut merancang pertemuaan itu untuk bersemuka dengan ustaz yang seolah-olah menghalang usaha dakwahnya. Setelah mendapat persetujuaan dan pertemuan di aturkan, maka bertemulah mereka di suatu tempat diiringi pengikut masing-masing.

Namun, alangkah terkejutnya semua yang berada di situ saat melihat muka paderi dan ustaz tersebut saling tidak tumpah! Memang mempunyai raut yang seiras! Malah melihatkan loket yang sama sahlah mereka berdua rupa-rupanya adik-beradik yang dibuang oleh ibu mereka 25 tahun dahulu. Berpelukanlah mereka kerana terharu masih mempunyai ahli keluarga di dunia ini. Namun, mengenangkan haluan hidup mereka yang berbeza, mereka mengambil keputusan untuk membawa haluan mereka masing-masing.

Itulah yang diibaratkan anak kecil umpama kain putih yang bersih. Di masjid, imam masjid tersebut yang menjumpai bayi tersebut dan dipelihara sebaiknya mengikut Islam. Di gereja pula bayi tersebut di jaga oleh paderi yang bertugas di situ. Jelas di sini jika kita sayangkan anak kita, berilah tunjuk ajar yang sesempurna mungkin menurut cara yang sepatutnya yang diajar oleh agama kita, Islam.


Beberapa mutiara kata dan panduan dalam koleksi yang saya simpan ingin saya kongsi agar boleh kita jadikan pedoman bersama:

Kemanjaan membodohkan anak-anak mendepani kehidupan.

-janganlah kita terlalu memanjakan anak-anak kita kelak kita secara tidak sedar merosakkannya.

Memusuhi dan membunuh lansung kesusahan daripada hidup, hanya mewariskan penyakit kepada anak-anak.

-kini kita lihat ramai ibu-bapa yang terlalu melimpahi kemewahan yang tidak terhingga kepada anak-anak tanpa kita sedar ianya membuatkan anak-anak tidak pernah merasa bersyukur atas nikmat tersebut!

Jangan berikan semua yang mereka mahu, tetapi belajarlah untuk mengutamakan apa yang mereka perlu.

Nama amat perlu untuk dipilih agar menjurus kepada peribadi yang diinginkan. Biar nama anak lelaki, menjurus kepada peribadi yang teguh, tegas, kental, berkepimpinan, dan berwibawa. Manakala anak perempuan, menjurus kepada peribadi yang jernih, lembut, dan terpelihara serta mencantikkan maruah diri.

Berapa ramai ibu bapa yang hakikatnya sedang menyediakan anak-anak mereka untuk dibakar di dalam kepanasan api neraka lantaran tidak diberi didikan agama? Inilah penderaan hakiki!!

Didikan agama bukanlah sekadar menghafal doa atau suarah-surah Al-Quran semata. Apa yang lebih penting, anak-anak perlu diperkenalkan kepada Allah, seterusnya mendidik agar memahami dan menghayati tujuan hidup mereka.

Info kesihatan: Banyak kematian bayi berpunca daripada kelalaian ibu-bapa seperti tersedak susu, tercekik kacang dan sebagainya.

Kesimpulannya, semua ibu-bapa, bakal ibu-bapa atau sesiapa sahaja perlu mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sepatutnya sebagai persediaan menjaga, membesarkan dan mendidik anak-anak supaya bukan setakat sihat dan cantik malah menjadi insan yang berguna dan berkualiti. Insyaallah.

Diantara buku-buku atau bahan ilmiah yang boleh dijadikan rujukan kita bersama, saya senaraikan di sini:

1. Tarbiatul Aulad by Abdullah Nasih Ulwan
2. Men Are From Mars, Women Are From Venus by John Gray (agak lari tajuk sebenarnya)
3. New Baby Care Book : A Pratical Guide to the First 3 Years by Dr. Miriam Stoppard.
4. The Complete Book of Mother and Baby Care by Elizabeth Fenwick.

*Banyak lagi sebenarnya antara buku yang boleh kita baca sebagai rujukan. Antara mahu atautidak. Tepuk dada, tanya Iman! (◕‿◕✿)





2 comments:

Anonymous said...

salam.. ukhti, enti tahu ke mane nk cri kitab tarbiatul aulad tu? ana cari tp xjmpe2 la.. hehe.. kalau ukhti boleh bagitahu.. ana amat hargai.. =)

Dandelion said...

salam, kitab macam ni boleh cari di toko buku yang menjual kitab2 dari al-azhar cthnya ada dijual di UIA Gombak, kl. n di kedai2 buku islami.. insyaallah ada.

Post a Comment