Masalah dalam rumahtangga adalah perkara biasa. Pepatah mengatakan "sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri." Tidak kiralah masalah tersebut besar atau kecil atau hanya salah faham biasa sahaja, mari kita cuba dua solusi ini:

1. Bersabar.

Tingkatkan kesabaran setinggi mungkin. Jika sebelum berkahwin kita sudah berada di skala 10 dalam bersabar, tetapi setelah berkahwin, kita perlu berada di skala 10 kali ganda, iaitu skala 100. Bersabarlah dalam segala segi.



Jika perlukan bantuan pastikan orang tersebut boleh dipercayai. 



2. Perbaiki diri.

Muhasabah akan kekurangan diri dan berusaha untuk memperbaikinya. Bertekad dan berusaha berubah menjadi lebih baik. Fokus merubah diri sendiri daripada bercita-cita merubah pasangan. Kita tidak akan boleh merubah orang lain, maka jangan buang masa. Perbaiki kelemahan diri dan buat yang terbaik. 






Semoga bermanfaat.




0 comments:

Post a Comment