- Sembahyang sebaik-baik sahaja masuk waktu sembahyang.
- Set jam waktu solat aka. alarm clock pada handphone anda.
- Tampalkan poster poster berkaitan dosa meninggalkan solat pada dinding bilik.
- Hentikan aktiviti blogging, facebook, twitter, dan chatting dan terus tunaikan solat.
- Ingatlah bahawa syaitan itu sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia, supaya manusia jadi orang yang terkutuk di akhirat nanti.
- Sentiasa ingat bahawa mati itu tidak dapat diramal. Kalau tak sempat solat sebelum ajal tiba, rugilah.
Hadis Berkenaan Melambatkan Solat Fardhu :
- Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
- Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas : "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
- Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah :
- Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
- Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
- Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata: "Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh."
- Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
- Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
- Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
- Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
- Orang lelaki yang melarikan diri.
- Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
- Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
- Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
- Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
- Orang-orang yang suka makan riba’.
- Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.